Wednesday, June 27, 2012

Ini cerita aku, tiada dusta (cerita budak sekolah) #2

Ini sambungan untuk post Ini cerita aku, tiada dusta #1

8.55 pagi

'' Kamu buat apa hari minggu selama ni ? TAKPERNAH NAK SIAPKAN KERJA SAYA ! "
tengking cikgu Kimia(cikgu X) itu kepada 4 orang murid yang tidak menyiapkan latihan kimia, termasuk aku. Bibirku yang dari tadinya merah bertukar biru keputihan.
Kami diam.
'' Kamu akan didenda, kali ini dah melampau. Exam kamu nanti gagal siapa nak jawab ? Kamu duduk kelas depan dari 13 kelas yang lain. Tapi ini kah perangai kamu ? Tengok tu! Dengan ada gelang warna warni awak pakai tu Yasmin !!

Cikgu kimia aku sambil menunding jarinya ke arah pergelangan tanganku yang bergelang warna warni. Lantas aku membuangnya.
" Cikgu ni period ke? " bisik hati kecilku jahat, berkerut dahi aku menahan malu.
Perasaan menyesal mula menyelubungi sudut perasaanku.
'' Kamu kena berdiri sambil buat latihan TANPA meniru atau berbincang. Buat sendiri, kejap lagi saya nak check! ''
Berderau lagi darah aku. ' Alah, dah la la topik electrochemistry ni paling aku lembab! '
Aku memandang Fira, tiada reaksi. Aku pandang Ama dan Fara di belakang, juga tiada reaksi.
Semememangnya aku dapat mengagak. Mereka sudah biasa dengan semua ini. Perasaan malu sudah menjadi lumrah. ' Cool lah babe! '

10.30 am

'KRIIIIIIIIIIIIINGGGG'
'' Min nak makan nasik ke hari ni ? '' tanya rakanku Fara.
'' Hmm.. makan kot, lapar la, '' Jawabku jujur.
'' Min and Ama beli air, Fira and Fara pulak beli nasik. Ok? '' jelas Fira memandangkan ramai murid sekolah berpusu pusu membeli makanan di kantin.Sesak.

Walaupun adat norma sebenarnya semasa makan tidak boleh bercakap, tetapi..
" Weh kau tahu kat FB ? Dia update status kalau sikit orang like dia delete je! Kecut! Batak hot bhaii, '' gosip sudah bermula.
'' HAHA, dia mau orang like banyak mau dia nak tunjuk! GODAILAH GODAILAH " Fira sambung.
Aku hanya ketawa kecil. Ama pula hanya diam asyik melayan nafsu makannya. Ama atau Amalina ini kecil orangnya. Dia tidak berapa ambil tahu fasal fasal ni.
Dalam banyak-banyak rakanku, Fara dan Fira merupakan rakanku yang paling ceria. Ada sahaja perkara yang hendak diceritanya.

11.05 pagi

Rehat sepatutnya sudah tamat. Biasalah, mana pernah tepati masa murid murid ni. Tunggu pengumuman masuk ke kelas baru gerak.
'' MASA REHAT SUDAH TAMAT, MASUK KELAS DENGAN KADAR YANG SEGERA! "
Lantang suara guru disiplin SMK Mahsuri.

11.10 pagi

Masa sejarah.
'' Ok buka bab 8 ya, kita nak masuk bab ini pulak. Baiklah, cikgu nak tanya soalan kat kamu sorang sorang,iaitu flashback.. ''
Muka ku tunduk kerana tidak mahu pandang muka cikgu sejarah ku itu. Bimbang dia mengingati nama ku.
'' Oh yaaaa, Surya Aditya ! ''
Terkejut beruk Surya. Aku pula menghembus nafas lega.
" Cikgu nak tanya kamu..Tahun bila Portugis mula mula serang Melaka? " tanya cikgu sejarahku sambil merenung tajam ke arah muka Surya yang dari tadinya kelihatan mengantuk.
" Err.. " gagap Surya.
'' Alah, soalan form 2 ka form 3 tah. Tu pun takleh jawab ka? Kalau cikgu panggil aku pun takpa tadi.. Takpayah dah aku kena soal lepas ni! " rungut hatiku panjang.
Surya hanya melopongkan mulutnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Fira memandang aku, matanya bundar.
''Tahun 1511 ke?'' bisik Fira,rakan karibku.
'' Ha'ah '' pantas aku menjawab. Fira senyum kecil.
Aku pula hanya menunggu reaksi guru Sejarahku yang menunggu jawapan Surya.
'' Hok aloh, takkan yang tu pun kau lupa Surya? '' bisik hati kecilku lagi.
'' Nampak gayanya,kita kena panggil orang lain. Takmengapa la Surya, kamu duduk. Hmm...saya nak panggil Ah Jian!! '' kata guru sejarahku.
Riuh 5ST1 sebaik sahaja mendengar nama Ah Jian.
''Go Ah Jian go!!'' sorak Fara sambil menepuk-nepuk tangannya.

Siapa tak kenal Ah Jian? Taiko tak pernah menyiapkan kerja guru, kaki ponteng kelas.
Cikgu pula dah lali dengar namanya yang 'wanted'.

Sementara menunggu jawapan Ah Jian, fikiran ku melayang ke tempat lain.
'' Ish, cikgu cikgu kat sini tak sepatutnya membuat 'high-expectation' terhadap 5ST1 ni.Memang la harap je kelas paling depan, tapi perangai mengalahkan budak kelas belakang. Macam aku lah kot, ''
Aku membuat tanggapan sendiri berdasarkan perangaiku yang jarang-jarang menyiapkan kerja sekolah 'on time'.


1.00 petang

'' Hari ni Cikgu Bahasa Inggeris tak hadir! ''
Ucap Felix,ketua tingkatan lantang di hadapan kelas.
" YAYYYYYY,WOHOOOOOOOO '' Bagai di Zoo pulak kelasku ni.
'' But she left so many homework to us ''
'' Alooooooooooooooooooooooo!! '' suara-suara di kelas 5ST1 nada hampa.
Felix dengan pantas membuka pen marker lalu menulis kerja sekolah Bahasa Inggeris pada papan putih.
'' Walamakk, essay pulak dah kena buatt! '' seloroh Fara
Aku memandang Fara lalu mengangkat kening. Reaksi hampa.

Tiba tiba datang Aniq, budak kelas 5 ICT.
'' Yasminnnn, Faraaaa, Firaaaa, Amaaaa.... '' Aniq melambai-lambaikan tangannya lalu mendekati kami.
'' Aniq, takda kelas ke? '' tanyaku musykil.
'' Ada, tapi aku lari.. '' jawab Aniq selamba.
'' Pelajar cemerlang katakan '' perli Fira.
'' Jom ah lepak chill watlek sebelum balik ni '' aku mengajak Aniq melepak selepas tamat waktu persekolahan sebentar lagi.

'' Min..'' Aniq membisik sesuatu lalu mendekatiku.
'' Kenapa? '' Aku tanya sambil memandang Aniq.
'' Aku nak bagitahu something ni....''

BERSAMBUNG

(DRAF DARI ARWAH PADA 16 FEBRUARY 2012, ARWAH MEMANG TIDAK MENGGEMARI MATA PELAJARAN KIMIA PADA MULANYA TETAPI SETELAH MENDAPAT GURU TUSYEN YANG SESUAI, PELAJARAN INI MAKIN MENINGKAT TAPI TAK ADER REZEKI UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN...  BEGITU JUGA DGN SEJARAH.. KATA ARWAH INI MATAPELAJARAN YG MEMPUNYAI FAKTA, NAK TAK NAK KENA BACA DAN PERLU INGAT TAHUN2 PENTING DAN KEJADIAN.     ALFATIHAH)

Saturday, June 23, 2012

Dalam kelas...

Situasi : Di dalam kelas. Cikgu Add math mengajar tajuk baru lagi.

Position Yasmin : second last tempat duduk paling kiri

****

Cikgu : Okay children for this type of function , we must take this y go to blablabla

Yasmin : *masih faham*

Cikgu : and then children, f bracket 2 x minus 5 blablabla

Yasmin : *muka the-rock*

Cikgu : however this x must combine to this y bracket and blablabla

Yasmin : *muka the-rock-90-darjah*

Cikgu : Understand ?

Students : Uhhhh..

Cikgu : Okayyyy , it's okay..don't worry.. Now I want YOU to do it on the board.

Yasmin : *mamposmampos*

Cikgu : *menulis soalan*** ''Okay , simple only..Anyone?"

Students : *bunyi kipas pusing*

Cikgu : come on..don't be shy.. We learn from our mistakes..

Students : *diam.....*

Cikgu : cepat la, cepat cepat..Hero ke Heroin ke?

Yasmin : Weh weh wehh.. Iqa tu camana tu ?

Syafiqah : Ntah laaaa. Jap tanya Rosma

Rosma : Okay. Tak faham. Blurr dah.

Cikgu : okay , terpaksa panggil nama.

Yasmin : *gemuruh dah*

Cikgu : First step only ! Adib !

Yasmin : Selamat....

*selesai first step*

Cikgu : Okay ! correct.. second step please.. YASMIN!

Yasmin : IQAAAAAAAAA, tolongggggggggg !!!!!!!!!

Syafiqah : buat ja min. pi pi .salah takpaaaa!

*aku melangkah kononnya yakin tapi datang depan board terus garu kepala*

Cikgu : Ahha.. so , what is it?

Yasmin : *tangan takbergerak*

Cikgu : come on..

Yasmin : *wuihhhh ,tulih paaa niiiiiiiiiiiii*

Cikgu : klue.. linear equations.. senang je macam math form 3

Yasmin : *TINGGG*bunyi lampu IQ "yesssssssssss! dapat dah"


(DRAFTED on JULY 2011)

Friday, June 22, 2012

Mathematics , kau buat aku menangis !

notanganasiayam : kepada budak budak yang memang terer dalam math , pelis jangan nak tunjuk kamu pandai math kat aku. Sebab mmg aku bangang dalam nih.

Fakta 1 : aku target math antara C atau B sahaja
Fakta 2 : aku menangis depan kertas Math Trial baru2 ni
Fakta 3 : aku tinggal banyak soalan paper 1 dan tak hentam
Fakta 4 : sebab kesuntukan masa
Fakta 5 : ok ok , no 4 tu bukan fakta namanya

..
..
..
ok. baru mula cerita
..

aku sememangnya lembab dalam math
sememangnya jugak , perangai aku beza dari dulu
sebab dulu aku suka sangat math
tapi sekarang tak lagi
suffering all the time depan kertas soalan
lagi lagi time trial PMR

kepada budak budak 16 tahun keatas
faham la sikit budak yang berotak baby ni lembab dalam math

Fakta : aku pernah cakap ni masa aku belajar Math
'' AKU BENCI SAPA DOK CIPTA MATH NIH ! TAKPAYAH WUJUD DIORANG PONN TAKPAAA ''
aku tau..
kalau sapa sapa dengar mesti ada timbul kemarahan
sebab pandangan kita berlainan kan ?
Ye la , tanpa math mana ada dunia teknologi ni

kita dok kita sekarang main and
yang korang dok baca sekarang
kan ? tanpa Math siapa kita ?
lagi pun ilmuwan math orang Islam
kita tak boleh blame kan
itu la aku tak banyak sangat guna otak belah Kiri

haihh , nak je aku sedot otak cikgu Ron , ckg math aku tuh
pinjam otak time PMR bole dak?
kebuluq nih -,-
cikgu Ron nampak nih habih aku
ps : dia ada facebook
HAHH , jangan nak pandai pandai nak search dia kat fesbuk
tampaq kang

----

mari kita tengok target dan pencapaian aku sekarang

BM

Target - A
pencapaian - A

Ulasan sendirian berhad :
ohh , cikgu hashim kalau dia rait jawapan semua A

BI
Target - A
pencapaian - A

Ulasan sendirian berhad :
Well , it's common okay. *eeee , PUIHH PUIHHH , dapat markah atas urat kuntut ja

GEOTarget - A
pencapaian - B

Ulasan sendirian Berhad :
Sebelum ni aku memang selalu dapat A
tapi kali nih aku tak terkejut sangat kalau aku dapat B
sebab memang tak baca buku langsung
tusyen pon boleh lupa.
Kain pelekat betul

KHB -ERT
Target - B
pencapaian - A

Ulasan sendirian Berhad :
agak terkejut gak ,
kita target B tengok tengok dapat A
alahh ,


(DRAFTED MASA TRIAL PMR 2010, ARWAH TAK SUKA MATEMATIK, TAPI USAHA LAST MINUTE, DAPAT AKHIRNYA BERJAYA DAPAT A. BELIAU EXCITED MASA TU - IBU ARWAH)





New quote la konon ? (entri pendek penuh makna)

PRACTICE MAKES PERFECT , BUT NOBODY PERFECT.SO WHY PRACTICE ?

ayat 100% power. Nasib baik yang bagitahu aku itu
seorang kanak kanak yang masih mencari benda baru. Ok bukan kanak kanak la. Remaja.
Aku punya google banyak kali jawapan untuk soalan HOT-BERAPI-YANG-BERTUBI-TUBI ni.
Ramai budak budak MySpace , Fesbuk , Tagged , Friendster buat ayat ni dekat status.
kadang aku naik pening la jugak kan.
Mana taknya aku marah , memang la setiap orang buat kesilapan .. tapi kita boleh perbetul dengan cara PRACTICE .
Faham dak? ( angguk lekaih , kalau tak hampa kena sembelit 1 minggu.muahaha )

.........
.......
.....
...
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oh baru aku dapat jawapan

'' IF WE DON'T PRACTICE , THEN WE DON'T HAVE ANY SKILLS AT ALL , ''
dipetik dari Ayahanda Johan Eusoffe Abdullah.

secara kesimpulannya , jangan nak perasan suka suka hati buat quotes sendiri except kalau ianya betul betul ayat meaningful.
Sebab apa?
nanti orang orang lain terpengaruh dengan kata kata tak betul itu.


(DRAFTED PADA NOV 2011)

Tuesday, June 19, 2012

DRAFT STORY

Salam kembali,
Banyak arwah telah 'draft' story dan maybe dia tak sempat hendak publish or edit.    Aunty rasa ada baiknya kita boleh share di blog ini.   Jika ada sesiapa yg ingin mengetahui lebih lanjut mengenai arwah, sila beritau aunty...

AUNTY SAZLINA

Kisah keluarga

Salam..

Haha, macam best je hapdet pasal family. Ye lah, asyik cerita pasal kawan ngan boypreng je.
Family bila lagi kan ?
FAMILY stands for
Father And Mother I Love You.
I wonder where are GrandMother? GrandFather? Cousin? :'( ohhh
K buat teruk.


This is my cutest cousin, shweetheart bila balik kampung.
Mama papa kata dorang ni macam Upin n Ipin. Shoooo cute.

Dalam family my mama, memang ada banyak cabangnya.
Disebabkan aku grandchild yang paling tua dan cicit yang pertama dalam keluarga mama, so aku ada pakcik yang berumur 18 tahun dan makcik berumur 16 tahun.
Tu la besar tak besar family aku ni. Datang pulak time raya, riuh 1 rumah moyang tu.


(DRAFT OLEH ARWAH YASMIN PADA  8 APRIL 2012 - AUNTY SAZLINA

Sunday, June 17, 2012

Al-Fatihah (Dari keluarga Yasmin J)

Assalamualaikum wbt. 

Ini mama dan papa arwah Yasmin Johan.   (Sazlina /Johan).   Kami berharap semua yg membaca tidak terkejut dgn artikel yg pertama ini setelah kepergiannya, Hari ini sudah masuk hari ke14 arwah meninggalkan kita.  Entah macam mana, papa arwah telah terjumpa sebuah buku nota kecil yg mengandungi pelbagai password arwah semasa mengemas biliknya.  Alhamdulillah dalam buku tersebut ada password blog dan aunty masih boleh continue apa yg arwah hendak sampai kan.  Walaupun kami tak sehebat arwah dalam penulisan blog, kami harap blog ini dapat melepaskan rindu kita semua kepada arwah.  Ada yg menasihatkan agar diteruskan dan ada yg meninta blog ditutup.  Tetapi bagi kami kalau blog ini memanafaatkan kepada pembaca, eloklah dikekalkan dgn di'edit' supaya ianya lebih elok, sopan dan tertib.

Mohon maaf sekiranya penulisan ini dan sebelumnya mengguris hati pembaca,   Sesungguhnya yg baik itu dari Allah SWT dan kekurangan itu adalah dari kelemahan arwah dan kami,


Dari Aunty Sazlina/Uncle Johan
Langkawi,

Saturday, June 2, 2012

gifBOOOOOMMM

 Photobucket 

sapa tahu application ni ??! Wahaaaaaaaaaaaaaa please DM me.
Eh DM pulak. kau ingat twitter ke min?
Haa, ini lah gifboom app. Sapa yang peminat instagram mungkin akan beralih ke gifboom pulak.
Hahah kewl gitu gambar2 nya.
Tetiba ada pulak hot guys tunjuk abs nya dekat gambar, dahh pulak buat muka seksi. AHHH FOLLOW TERUSSS !
Muahahahha., ok gedik.

Oh ya, aku baru je balik dari penang. Haa setiap kali aku pergi penang, selepas 2 jam mesti aku lapar. Lapar lapar dan terus lapar sammmmmmmpaaaiii balik Langkawi, my home.
Perkara yang wajib buat bila di Penang

-Nasi Kandar beratoq
-Queensbay Mall !!
-Golden Screen Cinema
-Gurney
-Mee mamak
-Jumpa saudara
-Skodeng hot guys *ini extra
 -Baca buku *ini tipu
 -study add math *terangterangan tipu

 Haha, aku nak sangat duduk penang lelama. tapi dengan syarat Piano sebijik kena dekat sisi aku selalu.
Kenapa? ahah, takpayah tau.
 Btw, bila dah cuti,kerap lah jugak aku hapdet blog ni.
Btww, aku dah dapat lesen kereta.
Btwww, aku tengah bad mood dengan seseorang. Sangat sangat.
Ok bye :'(
*hafiz rahim, pujuk pelis :'(
*muntah*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...