Sunday, April 14, 2013

JORDAN/MADINAH/MEKAH (PART 1)



Assalamualaikum, post ini dah lama berada didraf, maaf kerana setiap kali aunty buka blog arwah, hati aunty menjadi sebak..kali ini aunty gagahkan juga..

InsyaAllah, aunty harus meneruskan cerita ini sebab sudah lama niat untuk berkongsi pengalaman semasa berada di bumi para-para anbia pada 23 Jan- 06 February lalu.

-----------



UMRAH DAN ZIARAH KAMI
  

Dimasa aunty menulis disini, aunty sudah 2 bulan pulang ke tanah air.   Seindah negeri orang, indah lagi bumi Malaysia kecuali bila aunty berada di Madinah dan Mekah.  Dua-dua tempat ini membuatkan hati aunty tenang, terasa dosa-dosa dibasuh sikit demi sikit setiap kali berdoa terutama sekali berada di taman syurga Raudah dan di depan pintu Kaabah... tapi ini hakikatnya, sekarang baru aunty faham, kenapa setiap kali orang berkunjung ke Tanah Suci, perkataan ini selalu keluar dari mulut mereka ’Rasa nak pergi lagi’ .  Bagi aunty bukan rasa lagi,memang aunty nak pergi lagi.   Kalau nak tunggu giliran untuk menunaikan Haji, lambat lagi queue iaitu bila umur dah 60 tahun (sampai ke umur aku ni... fikir2), maybe in between masa nak kerjakan Haji, aunty menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi, InsyaAllah.

Disaat aunty hendak ke sana, ada juga kata-kata yang kurang enak menyatakan ’anak dah tak ada, baru nak pergi, kesian sama arwah..’  Aunty menganggap kata-kata ini bagaikan semangat untuk terus beribadat dan menyucikan jiwa.  Moga kami suami isteri, anak-anak mendapat berkat dan diterima oleh Allah swt menjadi tetamuNya.

Tarikh 22hb Januari, 2013 kami memulakan perjalanan melalui pesawat ke Kuala Lumpur untuk  bermalam dirumah Ayah di Semenyih,   

 23hb Januari 2013 - Jam 6 petang selepas solat Asar dan selepas mengadakan kenduri kesyukuran di Semenyih, kami menuju ke KLIA kerana tepat jam 7 petang, kami harus berkumpul bersama jemaah-jemaah yang sama-sama menunggu disana.   Pesawat Royal Jordan sedia berlepas pada 10.20 malam

Bangkok – tiba pada jam 11.20 malam waktu Bangkok, transit satu jam di sana sebelum berlepas ke Amman

Lapangan Terbang Amman – tiba pada jam 6 pagi waktu Jordan.  Memulakan perjalanan ke hotel.

Setiba kami ke Ocean Hotel jam 7 pagi, kami dihidangkan sarapan pagi selama 1 jam sebelum memulakan lawatan ke Gua Ashabul-Kahfi,  Laut Mati, Makam Nabi Shuaib A.S dan para-para sahabat Nabi swt di sekitar bandar Amman.

Gua Ashabul Kahfi - Perasaan gembira dan teruja bila kami sampai ke Gua.   Teringat masa disekolah rendah, aunty dengar dari ustazah cerita mengenai sejarah Gua Ashabul Kahfi ini.    Gua yang terletak di Ar-Raqim, iatu 7 km dari Bandar Jordan.   Dibawah ini aunty ceritakan serba ringkas mengenai sejarah gua ini.
'Sedikit kisah Ashabul Kahfi. Kahfi bermaksud gua dan Ashabul pula bermaksud Ahli. Kisah. Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar yang disebut di dalam Al-Quran. Ia mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.    Keluar kota dan kembali semula ke gua tersebut dan meninggal di situ.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing'.  Didapati tulang-tulang manusia bersama tulang anjing berada digua ini.    -  

(TEKS DI ATAS DIPETIK DARI WIKIPEDIA/GUA ASHABUL KAHFI)


Kawasan sekeliling di Gua Ashabul Kahfi


Dalam Gua




























Batu tanda atau 'Landmark'yang terdapat di depan gua.

Laut Mati - Punya excited sebab selalu dengar cerita air laut mati ini.  Air dan lumpurnya  boleh menjadi ubat gatal-gatal di badan, dan bahan Mineral (Mud) nya adalah yang ’original’ dikatakan ’mask’ muka dan badan yang terbaik yang diakui oleh ramai pakar kosmetik.   Rasa bersyukur kerana berada dibawah paras laut (-414) iaitu paras yang terendah didunia. Memang bila hendak ke laut tu, kita kena turun beberapa anak tangga, luas terbentang laut penuh dengan garam batu di sisir pantai sambil kami dihidangkan dengan makan tengahari di Restoran .. makanan Jordan, untuk first day ni masih boleh terima makanan luar.   Tapi yg excited nak makan ialah ayah dan papa sebab depa ni kaki makan sayur...  Makanan Jordan banyak berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Laut yang terbentang, kemasinan yang melampau sehingga tidak hidupan disini, tanah diseberang laut adalah Negara Israel.





Ayesha bersama orang yang lumurkan lumpur di badan

Pandangan dari atas
Pintu masuk di Laut Mati



Makam Nabi Syuaib -  Lepas menikmati keindahan Laut Mati,kami memulakan perjalanan ke tempat yang dinamakan Makam Shuaib AS.

Perjalanan kesana memakan masa satu setengah jam kerana laluan lereng bukit yang agak curam.  (Kalau ada sesiapa yg tengok cerita Discovery Channel rasanya, tajuk Deadliest Road) ada lah lebih kurang macam tu cuma ditepi tebing nya ada penghalang batu dan simen.   Ada satu ketika, Bas kami terpaksa bergerak perlahan untuk melepasi selekoh sebab tak mencukupi ruang jalan... bayangkan lah dan aunty duduk dibahagian depan penumpang dalam bas..  ketaq kaki lutut.

Kami selamat sampai dan aunty bangga kerana telah berada di Makam Nabi Syuaib iaitu Nabi ke 13 dalam senarai Nabi-nabi.   Ianya terletak di 2 km ke Pekan Mahais, Jordan.    Cerita lanjut boleh layari
 
SubhanaAllah, dapat juga kami melihat Makam salah satu Nabi yang terpilih

Bersama Ayesha di depan Makam Syuaib


  ... bersambung..

Tuesday, February 19, 2013

Your day our Sweetheart


She left on the age of 'Sweet 17', for all of her family members and friends, she departed the world and arrived at a special place in our hearts .… from time to time, she appeared in so many individual's dream,  individuals who do not know her in her life time.  It is amazing that peoples felt emotionally connected to her and shared these feelings with us.   This is Allah SWT's will as HE knows best.  Although we earnestly 'Doa' for her to appear in our dreams but someone else's who are total stranger dreamt of her.    In the dreams, she appeared to be smiling, calm and other indicators that she is blessed by Allah SWT. InsyaAllah, she will be waiting for us at the gate of heaven.  The best gift to offer her on her birthday, 22 February (18 years) is our continous doa and sedekah Al-fatihah. …..

Our hearts felt gratitute for being loyal fan of Allahyarhammah Yasmin J Hunwick @ Yasmin Johan  Eusoffe - May Allah swt bless you All.   Thank you.        ~ JOHAN EUSOFFE ABDULLAH~

Saturday, January 5, 2013

SELAMAT TINGGAL SAHABAT




Ibu kehilangan sahabat pada dua hari lalu iaitu 4hb Jan dan pada masa yg sama ibu kehilangan sesuatu yang berharga.   Ibu hilang dua benda pada masa yang sama.    Mungkin hari itu tuhan menguji ibu agar ibu terus tabah dan sentiasa menjadikan diri untuk jadi lebih baik, muslimah dan sentiasa bersyukur.    

Tapi syukur alhamdulillah ibu masih punyai suami dan anak2 disamping ibu.    Apa yang dapat ibu rungkaikan, inilah dugaan sebelum hendak menunaikan umrah di Tanah Suci nanti.   Dugaan sudah bermula dari sini dan mungkin ada yg tidak diizinkan telah ibu lakukan didunia ini.   Manusia tidak lari dari membuat kesilapan.  

Satu entry pendek dari ibu untuk ibu luahkan.   Doakan lah agar ibu tabah hadapi hidup dan segalanya dipermudahkan olehNya.   Selepas kehilangan arwah, banyak yg menyentapkan hati ibu.  Ibu terharu dengan ucapan-ucapan yamg masih lagi ibu terima sehingga setakat ini.    Terima kasih, hanya tuhan yang dapat membalas dan memberi rezeki kepada semua di dunia dan akhirat.   Yang pasti 'Mati itu akan menjemput kita pada bila-bila masa',  selagi masih bernafas, selagi itu lah kita kena buat kebaikan sesama manusia, membuat kebajikan untuk saham akhirat... disana kekal abadi..    Maafkan ibu jika ada yg tersentuh dan maafkan ibu jika tulisan ibu kali ini agak 'samar-samar' ..    Ini adalah cerita ibu sendiri.   Ibu masih bersedih sejak 2 hari lalu....  Wassalam

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU - 2013

Sebelum tiba tahun baru yakni di bulan December pada setiap tahun, pasti ada tempat yg kami perlu undi untuk bercuti.   Arwah bersama-sama adiknya akan bergurau-gurau dan bergaduh kecil untuk menetapkan kami kemana hendak bercuti.    Hakikatnya, Arwah tidak banyak kerenah dan mengikut kami kemana sahaja.

Tahun lalu kami ke Universal Studio Singapore selama 3 hari dan selebihnya pulang ke kampung di Semenyih.   Kenangan pahit yang tidak dapat kami lupakan ialah papa arwah (Johan Abdullah) telah dimasukkan ke KPJ Kajang kerana dijangkiti virus tonsil, virusnya telah merebak ke dalam darah dan kadar bakteria dalam darahnya amatlah tinggi.    Keadaan uncle amat kritikal sehingga doktor berkata jika lambat selama 2 jam dibawa ke hospital,  nyawa uncle didalam bahaya.  Alhamdulillah uncle masih meneruskan kehidupan.  Disini,kami sering mempunyai teori sendiri 'Adakah uncle bertukar nyawa dgn puterinya' Puteri kami yang tidak pernah sakit telah ditakdirnya olehNya meninggalkan kami selepas 6 bulan uncle keluar dari hospital.    Ini lah dikatakan Qada dan qadar.  Tiada siapa sangka inilah perancangan Allah swt.

Kalau sesiapa bertanya kenangan pada tahun 2012, mungkin tidak kepada aunty.. tarikh 3 Jun akan sentiasa berlegar di fikiran dan tahunnya ialah 2012.   Sekali lagi, bila hati bersedih,aunty akan terus memikirkan ketentuanNya.   PerancanganMu adalah yang terbaik ya Allah SWT.

Disini juga aunty ingin memaklumkan dan mungkin tidak terlalu awal untuk memberitahu yang, In Sha Allah dengan izinNya, aunty akan mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah bersama Uncle Johan dan adik-adik arwah Muiz, Zharif dan Ayesha pada tarikh 23hb Januari - 6 Februari.  Dikesempatan ini aunty ingin memohon jutaan maaf kepada semua yang aunty kenal dan baru mengenali selepas kepergian arwah, yang telah berhubung di semua media, blog, fb, twitter etc.   Buat masa ini fb aunty ditutup untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu dan aunty akan membukanya kembali seminggu sebelum berangkat ke Tanah Suci.  Aunty meminta maaf jika ada yang tidak dapat hubungi aunty.   Buat sementara waktu, sila lah hubungi aunty melalui blog ini.

Walaupun mengikut kalendar Islam, Maal Hijrah sudah pun berlalu 2 bulan yang lalu, nasihat aunty untuk anak-anak diluar sana, jadikan lah tahun 2013 yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya.  Juga jadikan diri anda terbaik dalam apa segi sekalipun di dunia ini dan jangan lupa bekalan untuk akhirat.   Bahagikan masa anda dengan bijak......

Wassalam.

# Sorry anak-anak, gambar ini tak ada kena mengena dgn artikel ini.. ini arwah Yasmin semasa berusia 2 tahun.


   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...