6.20 am
*bip bip* BIP BIP * BIPBIPBIPBIPBIP *
Aku terbangun. '' Ah, bising la alarm ni ! " Mataku terkebil kebil melihat skrin telefon bimbitku.
Lalu aku menekan punat 'snooze' iaitu 10 minit.
Aku masih mengantuk.
6.30 am
*bip bip* BIP BIP * BIPBIPBIPBIPBIP *
Bangun lagi. Kali ini malasnya lagi berganda. Lantas aku mencapai telefon bimbitku. Sekali lagi aku menekan punat 'snooze'. Ah, takpe aku dah susun jadual, baju dah seterika. Hati ku berbisik bagai 1001 alasan semata-mata melayan perasaan mengantukku.
Tidur lagi.
6.45 am
Tercelik dek kedengaran sesuatu yang berdesing di telinga.
'' Jadah apa nyamuk pepagi nak buat lovebite ni ? "
Tercelik lalu meneliti jam. '' Yes, bagus sangat la terlajak pukul 6.45 pagi! Ah, sudah! "
Alarm tak berbunyi kah ? Patut lah dalam mimpi aku macam ada terdengar bunyi jam.
Lompat dari katil, kaki ku sejuk. Dalam hati tetap mengatakan, alangkah bagusnya kalau tidak sekolah hari ini.
Aku mencari kain tuala di rak yang biasa aku letak, tetapi tiada. FUUUUUUU !
Mana pergi pulak ni ? Lantas aku ke bilik air. Kedengaran bunyi orang sedang mandi.
*DAM DAM DAM*
'' Siapa tu ? Cepat la sikit mandi! " teriak aku nada kalut.
'' Kejap lah ! " oh suara Zharif rupanya.
'' Weh, hang ambik kain tuala aku ka hapa ni ? " tanya aku lagi.
'' Ha la, mana ada kain tuala lain dah ! " Ah menyirap terus darah aku bila mendengarnya.
'' HANG TAU DAK AKU DAH LAMBAT ?! NI NAK KENA SHARE TOWEL PULAK ! "
Bergema suara aku dalam rumahku pagi tu.
Lantas aku turun tangga dengan langkah yang panjang lalu mencari kain tuala buruk yang bersih.
Aku mengangkat tangan melihat jam. Ya Allah dah 6.55 pagi !
7.10 am
Ha bagus lah subuh melepas, lagi !
7.20 am
Aku sampai ke sekolah tepat pada 7.20 pagi. Perhimpunan harian sepatutnya bermula pada 7.20 pagi tetapi oleh kerana pelajar lain pun lambat jadi lewatlah bermula. Aku pula seyum kecil kerana lega tak di tahan.
7.25 am
''Yo Fira Yo ! " aku menepuk bahu Syafira, rakan kelasku yang kamceng.
"Yo miennnooo ! " dia memanggil ku Mienno kerana dia suka akan nama singkatan itu.
'' Kerja sejarah, b.i dah siap ? '' aku tanya, walaupun aku sudah tahu apa jawapannya, sengaja aku menanya untuk memulakan percakapan.
'' Tanya fira memang tak ah, '' seperti yang ku jangkakan.
'' Good, ada geng. Sat lagi ah buat. Habis kuat pun kena sound ja tak siap kerja! " menunjukkan aku juga tidak pernah menyiapkan kerja sekolah. Pelajar nakal.
Datang seorang lagi kawan, Fara.
" Haiiii Min, fira !! " Fara melambai lambai kan tangannya, sambil tercungap cungap dek lari risau ditahan kerana lewat.
Aku hanya senyum melihatnya.
" Siap kerja ? " tanyaku lagi tentang kerja sekolah.
'' Mestilah tak ! " jawab Fara menunjukkan dia faham apa maksud 'kerja' yang ditanya.
'' Bukan main yakin hang menjawab ! "
8.00 am
'' Pelajar tingkatan 4, perempuan sila bangun masuk ke kelas, '' guru yang bertugas bersuara.
Aku bangun lemah longlai dan hanya bersahaja. Begitu juga rakan rakan aku yang lain.
Amalina, Hazwani, Fara, Fira dan Adila yang berada di keliling aku.
'' Haih, another day another routine ! " bisik ku kecil.
8.15 am
'' LAO SHI LAI ! LAO SHI LAI ! '' teriak rakan kelas cina aku, Ah Jian.
'' Alamak cikgu datang dah la, aiyooo takyah la masuk kelas.... '' rungut Fara.
'' Tu ah, ni nak siapkan kerja sekolah ni sempat ke idak ! " sambung Fira.
Amalina hanya mencebikkan bibirnya.
'' Alaih, curi-curi masa je la, buat time rehat pun boleh, masa Sejarah lepas rehat, chillaxx !~ "
aku hanya selamba cool.
*lao shi = cikgu
*lai = mari/datang
8.45 am
'' Take out your exercise book, I wanna see. Have you all done already ? Your previous exercises? " guru kimia aku menanya. Lantang betul suaranya. Aku pula menggigil ketakutan lalu aku menegur rakan sebelah aku, Fira.
" Weh , ada kerja ke kimia? Aku tak buat apa apa pun haa ! " aku mula risau sambil menyelak buku latihan kimia. Suci dan bersih !
Fira hanya mengangkat bahu dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
'' Ada kerja apa ni , min? Fira? " tanya Amalina dari belakang.
'' Entah, " serentak aku dan Fira menjawab.
Dalam hati ku pula lega kerana ada juga yang tidak tahu apa yang harus dibuat dalam buku latihan. Sekali lagi, ADA GENG !
" MANA KERJA YANG SAYA SURUH BUAT ?! "
Jantungku seperti hendak meletup kerana berdegup terlalu laju. Darah aku menurun. Muka ku pucat.
" Macam mana boleh lupa ni ?! " bisik aku.
Cikgu memandang aku dengan penuh kegeraman dan tertanya-tanya.
Bersambung...
Saturday, October 15, 2011
Ini cerita aku, tiada dusta
pumpangpumpang by YasminJHunwick
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 pengkritik:
hahahaa...
nakal =p
nice blog....jemput jenguk blog kami balik ye?mana tau teringin nak g bercuti dgn fizo omar ke....
http://galaxies-holidays.blogspot.com/2011/10/bersama-artis.html
haha..malas gak ye cik adik kita ni..huhu..
p/s: part alarm tu,landax selalu rasa macam mimpi..siot tol..sedau2 dah skip class T_T
jom lepak kat blog <a href="www.dunialandax.com>Landax</a> =)
Post a Comment