Wednesday, June 27, 2012

Ini cerita aku, tiada dusta (cerita budak sekolah) #2

Ini sambungan untuk post Ini cerita aku, tiada dusta #1

8.55 pagi

'' Kamu buat apa hari minggu selama ni ? TAKPERNAH NAK SIAPKAN KERJA SAYA ! "
tengking cikgu Kimia(cikgu X) itu kepada 4 orang murid yang tidak menyiapkan latihan kimia, termasuk aku. Bibirku yang dari tadinya merah bertukar biru keputihan.
Kami diam.
'' Kamu akan didenda, kali ini dah melampau. Exam kamu nanti gagal siapa nak jawab ? Kamu duduk kelas depan dari 13 kelas yang lain. Tapi ini kah perangai kamu ? Tengok tu! Dengan ada gelang warna warni awak pakai tu Yasmin !!

Cikgu kimia aku sambil menunding jarinya ke arah pergelangan tanganku yang bergelang warna warni. Lantas aku membuangnya.
" Cikgu ni period ke? " bisik hati kecilku jahat, berkerut dahi aku menahan malu.
Perasaan menyesal mula menyelubungi sudut perasaanku.
'' Kamu kena berdiri sambil buat latihan TANPA meniru atau berbincang. Buat sendiri, kejap lagi saya nak check! ''
Berderau lagi darah aku. ' Alah, dah la la topik electrochemistry ni paling aku lembab! '
Aku memandang Fira, tiada reaksi. Aku pandang Ama dan Fara di belakang, juga tiada reaksi.
Semememangnya aku dapat mengagak. Mereka sudah biasa dengan semua ini. Perasaan malu sudah menjadi lumrah. ' Cool lah babe! '

10.30 am

'KRIIIIIIIIIIIIINGGGG'
'' Min nak makan nasik ke hari ni ? '' tanya rakanku Fara.
'' Hmm.. makan kot, lapar la, '' Jawabku jujur.
'' Min and Ama beli air, Fira and Fara pulak beli nasik. Ok? '' jelas Fira memandangkan ramai murid sekolah berpusu pusu membeli makanan di kantin.Sesak.

Walaupun adat norma sebenarnya semasa makan tidak boleh bercakap, tetapi..
" Weh kau tahu kat FB ? Dia update status kalau sikit orang like dia delete je! Kecut! Batak hot bhaii, '' gosip sudah bermula.
'' HAHA, dia mau orang like banyak mau dia nak tunjuk! GODAILAH GODAILAH " Fira sambung.
Aku hanya ketawa kecil. Ama pula hanya diam asyik melayan nafsu makannya. Ama atau Amalina ini kecil orangnya. Dia tidak berapa ambil tahu fasal fasal ni.
Dalam banyak-banyak rakanku, Fara dan Fira merupakan rakanku yang paling ceria. Ada sahaja perkara yang hendak diceritanya.

11.05 pagi

Rehat sepatutnya sudah tamat. Biasalah, mana pernah tepati masa murid murid ni. Tunggu pengumuman masuk ke kelas baru gerak.
'' MASA REHAT SUDAH TAMAT, MASUK KELAS DENGAN KADAR YANG SEGERA! "
Lantang suara guru disiplin SMK Mahsuri.

11.10 pagi

Masa sejarah.
'' Ok buka bab 8 ya, kita nak masuk bab ini pulak. Baiklah, cikgu nak tanya soalan kat kamu sorang sorang,iaitu flashback.. ''
Muka ku tunduk kerana tidak mahu pandang muka cikgu sejarah ku itu. Bimbang dia mengingati nama ku.
'' Oh yaaaa, Surya Aditya ! ''
Terkejut beruk Surya. Aku pula menghembus nafas lega.
" Cikgu nak tanya kamu..Tahun bila Portugis mula mula serang Melaka? " tanya cikgu sejarahku sambil merenung tajam ke arah muka Surya yang dari tadinya kelihatan mengantuk.
" Err.. " gagap Surya.
'' Alah, soalan form 2 ka form 3 tah. Tu pun takleh jawab ka? Kalau cikgu panggil aku pun takpa tadi.. Takpayah dah aku kena soal lepas ni! " rungut hatiku panjang.
Surya hanya melopongkan mulutnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Fira memandang aku, matanya bundar.
''Tahun 1511 ke?'' bisik Fira,rakan karibku.
'' Ha'ah '' pantas aku menjawab. Fira senyum kecil.
Aku pula hanya menunggu reaksi guru Sejarahku yang menunggu jawapan Surya.
'' Hok aloh, takkan yang tu pun kau lupa Surya? '' bisik hati kecilku lagi.
'' Nampak gayanya,kita kena panggil orang lain. Takmengapa la Surya, kamu duduk. Hmm...saya nak panggil Ah Jian!! '' kata guru sejarahku.
Riuh 5ST1 sebaik sahaja mendengar nama Ah Jian.
''Go Ah Jian go!!'' sorak Fara sambil menepuk-nepuk tangannya.

Siapa tak kenal Ah Jian? Taiko tak pernah menyiapkan kerja guru, kaki ponteng kelas.
Cikgu pula dah lali dengar namanya yang 'wanted'.

Sementara menunggu jawapan Ah Jian, fikiran ku melayang ke tempat lain.
'' Ish, cikgu cikgu kat sini tak sepatutnya membuat 'high-expectation' terhadap 5ST1 ni.Memang la harap je kelas paling depan, tapi perangai mengalahkan budak kelas belakang. Macam aku lah kot, ''
Aku membuat tanggapan sendiri berdasarkan perangaiku yang jarang-jarang menyiapkan kerja sekolah 'on time'.


1.00 petang

'' Hari ni Cikgu Bahasa Inggeris tak hadir! ''
Ucap Felix,ketua tingkatan lantang di hadapan kelas.
" YAYYYYYY,WOHOOOOOOOO '' Bagai di Zoo pulak kelasku ni.
'' But she left so many homework to us ''
'' Alooooooooooooooooooooooo!! '' suara-suara di kelas 5ST1 nada hampa.
Felix dengan pantas membuka pen marker lalu menulis kerja sekolah Bahasa Inggeris pada papan putih.
'' Walamakk, essay pulak dah kena buatt! '' seloroh Fara
Aku memandang Fara lalu mengangkat kening. Reaksi hampa.

Tiba tiba datang Aniq, budak kelas 5 ICT.
'' Yasminnnn, Faraaaa, Firaaaa, Amaaaa.... '' Aniq melambai-lambaikan tangannya lalu mendekati kami.
'' Aniq, takda kelas ke? '' tanyaku musykil.
'' Ada, tapi aku lari.. '' jawab Aniq selamba.
'' Pelajar cemerlang katakan '' perli Fira.
'' Jom ah lepak chill watlek sebelum balik ni '' aku mengajak Aniq melepak selepas tamat waktu persekolahan sebentar lagi.

'' Min..'' Aniq membisik sesuatu lalu mendekatiku.
'' Kenapa? '' Aku tanya sambil memandang Aniq.
'' Aku nak bagitahu something ni....''

BERSAMBUNG

(DRAF DARI ARWAH PADA 16 FEBRUARY 2012, ARWAH MEMANG TIDAK MENGGEMARI MATA PELAJARAN KIMIA PADA MULANYA TETAPI SETELAH MENDAPAT GURU TUSYEN YANG SESUAI, PELAJARAN INI MAKIN MENINGKAT TAPI TAK ADER REZEKI UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN...  BEGITU JUGA DGN SEJARAH.. KATA ARWAH INI MATAPELAJARAN YG MEMPUNYAI FAKTA, NAK TAK NAK KENA BACA DAN PERLU INGAT TAHUN2 PENTING DAN KEJADIAN.     ALFATIHAH)

5 pengkritik:

Unknown said...

salam.. :') al fatihah.. sedih baca karya dia.. :')

insan kecewa said...

Ya Allah ampunkanlah segala dosa yasmin binti Johan di sepanjang hidupnya, Engkau terangilah kubur dia, lapangkanlah dia di alam kubur, jauhkanlah dia dari siksa api neraka MU ya ALLAH.. berikanlah keinsafan kepada diri kami.. sesungguhnya janjiMU adalah benar.. YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH... Amin.. :'( (harap auntie saz sama2 meng-Aminkan doa ini) tq yasmin..

Unknown said...

even x kenal sape kak min,tapi terase kehilangan die..

Anonymous said...

crite die best...Allah lebih sayangkan die...Alfatihah..

Anonymous said...

crite die best...Allah lebih sayangkan die...Alfatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...