Tuesday, August 14, 2012
SALAM LEBARAN 2012
pumpangpumpang by YasminJHunwick 30 pengkritik
Sunday, August 12, 2012
JOM LOGHAT KEDAH (DRAFT DARI ARWAH)
-------------------------- DRAFT SETAKAT SINI SAJA ------------------------------------
Dari pendapat ibu arwah:
Arwah ber'loghat' utara/daerah Langkawi nya tidak lah terlalu pekat. Tetapi tengok situasi dan kawan-kawan, tetapi dengan adik-beradik nya dia akan berbahasa utara sebab seperti yang arwah draf diatas, Arwah dan adik-adiknya Muiz dan Zharif pernah tinggal di salah sebuah kampung Langkawi, Kadang-kadang aunty terkejut juga kerana byk perkataan yg aunty tk tahu, tapi arwah tahu. Sini serba sedikit bahasa-bahasa daerah kami, mungkin sesiapa yg berasal dari utara sering mendengar perkataan2 ini.
--> lapaq , hingaq , mengkala, loqlaq , ketegaq , ayiaq . .

---> penyegan = pemalas
-----> jgn cari reba = jgn cari pasal (words reba ni aunty baru tahu, itu pun dari arwah dan papanya)
--------> dalam dok kata = dah agak dah (lenggok bahasa)
(dipetik dari tutortuition.blogspot.com)
dahaga air = lapaq ayaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
yang = hat
tension = sakit pala
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai/balun
lagu ni = 'macam ni'
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pasaipa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai. .eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang
sigung = menyiku
handuh = ghimbuk = pukul (dgn benda mcm kayu)
ketumbil = ketumbit
tukul=merton
rojak (bahasa selatan)=pasembur
rojak buah (selatan)=rojak
pencuri = kawaq
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
melengung = termenung
air paip=epek (cemana ntah sebutnya)
beghetuh = maksudnya berlaga atau berlanggaq
seneghih = calaq
menyoronot = sembunyi
benyai ? lembik?eg kalo nak rebuih kacang bendi tu jgn lama
ngenjot = menari
kebuloq = tak lapaq mentekadarah...
lecah = lopak
selut/keleboq = lumpoq / lumpur
segheyat = berenti (hujan)
cedoq ayaq = ceboq ayaq = cebok air
kelippoq2 (mata) = pejam celik-pejam celik
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
simboq = tempias (hujan)
camca = sudu (ini common, semua tau)
sua = hulur
menyorok = sarapan
(cth ayat: Hang dah menyorok dak laghie nie? makna : awak dah sarapan pagi ke belum?
HATI-HATI BILA MAI SINI, bila cakap menyorok, depa ingat nak makan pagi :-) Aunty)
REBAN (gheban)= RUNTUH)...mcm reban ayam tu..
P/s Kalau anda semua tidak mengenali papa Arwah, Johan, sebenarnya bahasa Penang/Kedah nya memang pekat teramat-amat, Kadang2 pun melucukan. Kami dan juga arwah sendiri, kadang2 tak tahan bila dengar kelakarnya sampai nak guling2 ke lantai. Anak aunty Zharif (adik arwah yg kedua) kalau berbahasa kedah mmg kaw-kaw, sekali dengaq macam bahasa Peghancis (French) pun ada. ,,, So... nak dengaq dak... mai ghamai-ghamai jumpaq kami disini. Sudi-sudikan diri anda. InsyaAllah.
Gambaq2 kenangan bersama Tok yang mengasuh mereka bertiga Arwah, Muiz, Zharif selama 4 tahun. Aunty ke rumah Tok yg mengasuh baru-baru ini. Mengimbau kenangan kenangan indah anak2 aunty bersama Tok kesayangan mereka.
Reban ayam ini lah tempat laluan arwah dan adik2 - Reban pun dan di'upgrade' (dulu kecil sahaja)
gambar diatas (Tok bersama Arwah, Zharif dan cucunya
pumpangpumpang by YasminJHunwick 19 pengkritik
Saturday, August 4, 2012
takmau berhenti taip tanpa menekan backspace (draft)
aku hari ni nak try buat ataupun tiru da saty blog iaitu aku akan menaip tanpa tekan backspace atau sng creta aku at rh tak k padam apa apa huruf yang error aku harap aku taktulih huruh eh huruf pelik2 iaaut i eh iat iaitu ! wiohh.payah ngat aoih nak tulis tnpa bekspexs ni. aku rasa keyboard ni takbest ah dok tekan menekan sobab sebab dia jadi keras.apa apa pun aku rasa aku nk suro mma aku p beli kyborad ketyboard baru ah salah lagi.kenapa ni.try jugak la nk tap taip menatang ni lahju lahju ahh.tgok tu salah lagi.ee.aku rasa tangan aku nak kebas dh dok tulis ja takhabis habis.apaa paa yg melintas dalam otak aku aku pun tulis termasuk aku terpandang pc ka mouse ka katak ka. oh ya aku dah blank skrg dan saytu peristiwa ni kan.hari ni dan smlm aku rasa sedih sbb secret admire aku tu konon nya kata 8*8*8** tapi sbnrnya penyangak pedulik hapa dia nak follow aku punya beloggy ni kan.oh ya dia ada kt follower tu.ajhhh nynmpah aku tgok muka dia.(lelaki) ok aku rehat sat 10 minsu minit. FUHH
------------------- draf sampai setakat ini sahaja - Ibu Arwah, Sazlina --------------
pumpangpumpang by YasminJHunwick 22 pengkritik
Kisah Si Kucing (draft dari Arwah)
Masa : 8 malam
Aku dengan Zharif bermain Facebook dengan penuh nikmatnya.
Tiba tiba suara Mama ku memecah gelombang suara lagi besar.
'' YASMIN ! MUIZ ! ZHARIF ! AYESHA ! Jom pergi keluar makan . Hari ni bibik tak masak ! CEAPATTT ! ''
Aku dengan muka terkebil kebil terus tekan OFF kat pc tanpa turn off dulu. (walaupun aku tahu memang PC tu taklama nak lingkup)
Begitu juga adik aku.
Aku terus lari ke bilik aku grab tudung and jacket memandangkan aku pakai baju lengan agak pendek.
*bunyi kereta start*
aku dengan lajunya turun tangga tergopoh gopoh bimbang lambat dan kena marah .
Iaitu digelar '' TERGEDIK GEDIK '' oleh Mama ku ( takpa aku dah biasa dengan panggilan itu )
AMARAN : cerita ini ada ditokok/gigit tambah nak kasi nampak impak drama. So , don't break my heart. Eh , I mean don't take serious.
-----draft arwah setakat sini sahaja, Aunty highlight dengan warna merah dimana beliau sentiasa menutup auratnya, alhamdulillah - Aunty Sazlina. actually tajuknya kisah si kucing tapi tak sampai cerita kucing lagi mungkin, arwah sahaja yg tahu ---------
Kenangan bersama Muiz masa arwah berumur 5 tahun.

Gambar semua kecil-kecil - 4 permata hati aunty.


kenangan jadual belajar mereka. Pada March 2010
pumpangpumpang by YasminJHunwick 24 pengkritik
salah tidur ? Oh sakitnya ! ;( (draft dari Arwah)
untuk pengetahuan hampa ,
salah tidur boleh menyebabkan stress
Buktinya ?
aku dapat rasakan sendiri macam sekarang
Masa : 9.30pm
Tarikh : Jumaat , 4 September 2010
Tempat : Atas Katil , Bilik Tidur
" ehh kenapa bantal ni keras sangat ? bibik taruk batu ka ? "
*haha , nampak sangat aku spesis pemalas nak kemas katil .
*pusing kanan
..
*pusing kiri
..
*angkat muka
..
*angkat kening the-rock
..
*berkerut seolah olah nak
------- ending -------------
Published oleh : Ibu Arwah, Sazlina.
pumpangpumpang by YasminJHunwick 1 pengkritik