Saturday, August 4, 2012

Kisah Si Kucing (draft dari Arwah)

Lokasi : Rumah
Masa : 8 malam

Aku dengan Zharif bermain Facebook dengan penuh nikmatnya.
Tiba tiba suara Mama ku memecah gelombang suara lagi besar.
'' YASMIN ! MUIZ ! ZHARIF ! AYESHA ! Jom pergi keluar makan . Hari ni bibik tak masak ! CEAPATTT ! ''

Aku dengan muka terkebil kebil terus tekan OFF kat pc tanpa turn off dulu. (walaupun aku tahu memang PC tu taklama nak lingkup)
Begitu juga adik aku.
Aku terus lari ke bilik aku grab tudung and jacket memandangkan aku pakai baju lengan agak pendek.

*bunyi kereta start*

aku dengan lajunya turun tangga tergopoh gopoh bimbang lambat dan kena marah .
Iaitu digelar '' TERGEDIK GEDIK '' oleh Mama ku ( takpa aku dah biasa dengan panggilan itu )



AMARAN : cerita ini ada ditokok/gigit tambah nak kasi nampak impak drama. So , don't break my heart. Eh , I mean don't take serious.

-----draft arwah setakat sini sahaja, Aunty highlight dengan warna merah dimana beliau sentiasa menutup auratnya, alhamdulillah - Aunty Sazlina.  actually tajuknya kisah si kucing tapi tak sampai cerita kucing lagi mungkin, arwah sahaja yg tahu  ---------

 Kenangan bersama Muiz masa arwah berumur 5 tahun.
 




 Gambar semua kecil-kecil - 4 permata hati aunty.
 




 kenangan jadual belajar mereka. Pada March 2010

24 pengkritik:

Ini BAMBS! said...

:'(

*Setelah berbulan,kami masih lagi boleh baca 'hasil penulisan' Yasmin.

Boo Hebat said...

sabar yea aunty..segala yang berlaku telah ditentukan Nya,mesti ada hikmah disebaliknya

Anonymous said...

Min

Abu Jibril said...

tiada pandangan yang lebih indah daripada melihat kesucian zahir yang terbit dari sinar mata yang bergelar anak. sangat kudus hati mereka bersama keihklasan senyuman. semoga kita semua diberi petunjuk hidayah untuk membentuk generasi anak-anak yang soleh dan solehah di muka bumi Allah ini yang tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kita setiadanya nanti.Igtlah pemergian Yasmin hanya sementara dan semoga bersua semula di alam jannah milikNya. itulah kepastian yang dijanjikanNya,jgnlah terbit keraguan walau sekecil zarah sekalipun.

YasminJHunwick said...

T.Kasih atas komen anda. Abu Jibril dan semua diatas, t.kasih kerana memberi kata2 semangat buat aunty. JIka ada tulisan yg sebelum ini menghiris atau berunsur sinis, maafkan lah atas kekurangan arwah. Sesungguhnya manusia tak lari dari membuat kesilapan.

Puan Eka said...

Comel2 semua anak anutie...

banyak bersabar buat uncle dan auntie.
kami sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk Arwah Yasmin di sana.

Walaupun saya tak mengenali Yasmin secara rapat,tetapi pernah masuk ke blog ini semasa dia masih ada.

Saya turut rasa sedih atas pemergian dia.

Saya faham perasaan auntie sekeluarga lagi2 pada bulan ramadhan dan syawal yang bakal menjelang tiba.

Semoga auntie sekeluarga tabah menghadapi semua ini.

Amin

YasminShukeri (: said...

Aunty, saya kawan arwah. Saya harap aunty bersabar , saya faham perasaan aunty. Moga arwah tenang di sana. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan auunty dan keluarga.

Anonymous said...

Sedihla aunty...moga rohnya aman. Al fatihah. Dia akan tgu aunty dkt sane.

Anonymous said...

auntie.saya teringin untuk pergi melawat kubur Allayarhamah..harap auntie dapat pm saya di fb..email saya asrtakusia258@yahoo.com..trm ksh

Echaqaid said...

Comel comelnye anak2 aunty saye doakan jasmin ditempat org2 yang beriman . Amin

naeqib said...

sedih apabila sesuatu cerita yang arwah ingin berkongsi tidak dapat disudahi kerana 'tuhan lebih menyayangi arwah'...semoga keluarga aunty tabah hadapi segala ujian...kami doakan yang terbaik utk keluarga aunty...

Faziera said...

sedih bace sume entry

Faziera said...

sedih bace sume entry

Anonymous said...

Seriously , harini baru baca BLOG nie. Tapi rasa macam dah lama kenal. Dan ia membuatkan sy ingin membaca segala cerita yang ditulis oleh arwah.
Btw , Al-Fatihah to arwah.
And , takziah to aunty and family.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya tidak kenal langsung akan arwah semasa hidupnya, tetapi apa yang saya akan cakap ni mungkin pelik tapi hanya Tuhan yang lebih mengetahui.. Setahun yang lepas, saya telah berkahwin dengan gadis pilihan hati saya iaitu isteri saya sekarang. Apa yang peliknya adalah, tiga tahun sebelumnya, yakni selepas saya selesai menunaikan solat taubat, hajat dan istikharah, saya telah meminta agar ditunjukkan jodoh saya yang sebenar..Yang peliknya, semasa saya ingin tidur iaitu pada tengah malam bulan ramadhan tersebut, telah datang suatu 'lembaga perempuan' berdiri di sebelah katil saya. Waktu tersebut saya telah menutup lampu dan bersedia untuk tidur, tiba-tiba saya ternampak cahaya yang terang datang disisi saya. Saya tidak takut, namun apa yang diucapkan olehnya membuat saya berasa menyesal dan menangis. Saya kaku dan tidak boleh bergerak langsung, hanya linangan air mata sahaja yang mengalir selepas itu.. Dia hanya berkata satu ayat yang pendek lalu berlalu pergi, katanya... "Kamu telah berubah..." Ringkas sahaja yang ungkapannya, namun maksud yang tersirat disebaliknya dapat dia dan saya fahami dengan jelas. Cukuplah hanya kami sahaja yang mengetahui sebabnya... Baiklah...sebenarnya, selepas saya solat istikharah tersebut, saya telah mendapat petunjuk supaya jangan menerima gadis yang saya sukai tetapi bersabar dan menunggu akan datang jodoh saya yang sebenar nanti. Namun apakan daya, rasa kurang yakin dan tidak setuju akan nasib masa depan yang kurang jelas, membuatkan saya tetap dengan pilihan hati saya, walaupun tahu bahawa bahaya jikalau membuat istikharah tetapi tidak mahu menerima jawapannya..Astaghfirullah.. Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah susuk tubuh dan wajah lembaga tersebut, adalah sama dengan arwah cik yasmin. Maafkan saya jika ada yang tersinggung atau terkilan oleh sebab membaca kisah saya ini, namun saya hanya mampu meluahkan apa yang telah lama saya pendam.. mungkin telah takdir, sebulan yang lepas saya telah pergi bercuti di pulau langkawi, jika saya menerima pilihan istikharah tersebut, mungkin saya telah berjumpa dengannya... dan mungkin juga begini kesudahannya, jika saya tidak tergerak hari untuk melihat blog ini menerusi fb pada subuh ini, saya akan masih tercari-cari, siapakah jodoh (lembaga bersinar putih) yang telah meninggalkan saya itu... Itu sahaja yang ingin saya sampaikan, tiada apa-apa niat hanya sekadar luahan hati yang telah lama saya simpan dan dah hampir lupa pun... Sekian, sekalung Al-Fatehah buat arwah dan salam takziah buat keluarganya. Maassalamah...ilalliqa fil jannah, insyaAllah... =)

YasminJHunwick said...

Adik yg tulis anonymous mengenai mimpi, kalau baca komen aunty sila hubungi aunty.

Natasha lee said...

arwah mmg ada bakat dlm dunia penulisan =) *takziah& al-fatiha

Unknown said...

baru terbaca kisah Cik ini..namun mampu buat air mata mengalir.. takziah.. & Al-Fatehah

Unknown said...

baru terbaca kisah Cik ini..namun mampu buat air mata mengalir.. takziah.. & Al-Fatehah

Unknown said...

AlFatihah Mudah2an Allah tempatkan arwah disyurga.

Anonymous said...

bgun ku di pagi hari aku masih membaca semua ini,tak pernah jemu. .dalam sebulan lebih yang lepas sya pernah bermimpi arwah yasmin,arwah pakai baju warna putih,wajah dia senyum,saya di belakang nya dua langkah sederhana kebelakang,dia pandang ke arah saya sambil senyum,tapi dia tak bercakap. .selepas sya bermimpi arwah sejak itu lah sya melawat blog ini. .semoga arwah di tempatkan bersama sama orng yang beriman semoga kita semua boleh berjumpanya di syurga kelak,semoga aunty tabah lalui hari yang mendatang,jangan lupa berdoa untuk arwah. .

Anonymous said...

assalamualikum,setiap kali sya akan singgah melawat blog ini,dalam sebulan yang lepas sya pernah bermimpi arwah,dia sedang naik tangga, masa dia memandang saya,dia senyum memandang ke arah sya dan dia pakai baju kurung warna putih waktu itu.jarak kami berdua,saya dua langkah sederhana kebelakang dari arah dia.tapi dia tak bercakap cuma senyum panjang.kelihatan seperti dia seorang yang gembira,sya dah lama nak bgi tahu mimpi sya nie tapi sya taktu,jadi hari ini bru lah sya bgi tahu nie.semoga aunty tabah lalui hari hari,selepas solat jangan lupa berdoa setiap hari untuk arwah,Semoga dia di tempatkan di kalangan orng orng yang beriman dan di tinggikan darjatnya.Semoga kita semua dapat berjumpa dengannya suatu hari nanti.Aamiin. .

Anonymous said...

assamualikum,setiap kali sya akan singgah di blog ini.Pada sebulan yang lepas saya pernah bermimpi arwah Yasmin.waktu itu jarak antara saya dan dia dua langkah sederhana,dia di depan ke kanan sedikit dan saya di belakang,wajah dia putih terang terang dan memakai baju kurung warna putih waktu tu dia tak bercakap tetapi dia cuma senyum panjang ke arah saya.jadi sya hanya memandang dia dalam masa yang lama.dah lama sya nak bgi tahu tapi takut.tapi bru hari ini sya bgi tahu,Semoga aunty tabah lalui hari hari dan selepas solat jangan lupa berdoa untuk arwah Yasmin.Semoga dia di tempatkan di kalangan orng orng beriman dan di tinggikan darjatnya,Semoga kita dapat berjumpa dgn arwah suatu hari nanti Aamiin

Unknown said...

Salam pn serta keluarga,

Hari ini tetiba saya teringat nama allahyarhamah Yasmin. Tak mungkin saya akan lupa namanya yg unik Yasmin Hunwick..... sedikti masa lagi genap tiga tahun pemergiannya. Semoga pn dan keluarga sentiasa tabah dan saya doakan semoga rohnya ditempatkan di dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...