Saturday, March 31, 2012

Childhood moment. Mine was awesome. Why ?

zaman kegemilangan ketika orang sekeliling suka cubit pipi.

Aku sangat rindukan childhood moment aku.
Aku takperlu fikir masalah yang perlu aku hadapi,
takperlu hadapi masalah yang perlu dilalui.

Tiada perasaan apa-apa.
During your childhood moment, all you need to do is just playing with toys instead of expensive gadgets, plus eat and stay grow.
Follow your parents going to anywhere they want.
For me, my best present from my parents during child were just a big box of Faber Castell colour pencils. It was an expensive colour for me. A good colour.

Pencil colours + pencil + eraser + drawing block + study table + a chair = heaven

Sekarang ?

iPad + game = heaven gila babpig.

zaman berubah, maju.

Tuesday, March 27, 2012

Mimpi Ngeri?

aku memang benci Ulat
semua spesis aku benci.
Benci benci benci
nak aku listkan apa ulat ulat yang paling dibenci ?

1. Ulat gonggok
2. Ulat bulu
3. Ulat Beluncas
4. Ulat daun
5. Ulat buah buahan
6. ulat sampah
7. Ulat buku
8. Ulat Laut

okay okay , Ulat buku tu taklah
aku kan ulat buku*tiputipu

tadi , 27 Mac 2012 , 3.29pagi

percaya atau tak aku mimpi buruk sebanyak 3 kali
dalam situasi yang berbeza
fuhh , menangis nangis aku

Fakta : aku mimpi first first aku makan daging kala jengking
Fakta : dalam isi Kala Jengking tu ada 2 Ulat beluncas dan aku TER makan
Fakta : lepas rasa ada benda bergerak gerak dalam mulut, aku muntah kan
Fakta : Terkejut bila tengok itu Ulat beluncas warna merah dan hijau sedang liat liat
Fakta : tapi ada satu lagi Ulat beluncas yang tersekat atas Lidah aku dan takmau turun
Fakta : '' BAB* ! Keluarlahhhhh ! ''
Fakta : Sangat elastik.
Fakta : '' PAPAAA ! THHOLONG YATHHMINNN ! ULHAT THAKMAUHH THHURUNN !''
Fakta : papa ; '' GIGIT LA BAGI DIA MATI ! ''
Fakta : '' AAAAAA THHAMAUU NANTHI ADHHA AHER(air) HUSS (jus) SQUIRT SQUIRT!!!!''

Dalam gambaran mimpi tu, Ulat beluncas tu tonggek2 atas lidah aku.
Omaiigoodddddddddddd sangat meloyakan hanya Tuhan je tahu.

Apa petanda semua ni ?
Aku taknak tidur ah malam ni. Nak stay up late,
Tudia sanggup kot takmau mimpi benda alah aku makan kunyah chew chew ulat beluncas dan kala jengking.

Aku banyak dosa wehh :'(
Bila teringat ada kala jengking, terus aku bayang suasana di Neraka kelak.

p/s Bila ingat mimpi tu, aku rasa nak gelak pun ada, cara aku cakap pelat -__-

phaaphaaa, hulaattt thhaakkmau thhurunnnn. ( papa, ulat takmau turun )
Gila rempit tulisan ==

Wednesday, March 21, 2012

Penyakit Leptospirosis

Aku bagitahu kawan kawan aku tentang pembelian hamster.
haha, gebang satu geng aku xD
Lantoklah -__- excited kot beli binatang ngan duit sendiri

Haha, so ramai kawan kawan aku cakap, even bibik aku kata..
'' Kenapa hang beli hamster? Hang tau dak kencing dia bahaya boleh bawak virus? Cari penyakit ~''

Depa ni, google ada takmau nak search. Eh dulu aku bela ok je sihat walafiat alhamdulillah.
*ceh marah ni marah ni*
Haha, ok meh aku nak share something.
Sapa ada bela guinea pig ? K guniea pig ni pun species2 hamster gak, sama tapi tak serupa k.
Dan guenia pig ni jugak ramai orang diklasifikasikan sebagai binatang peliharaan yang berbahaya.
Sama jugak dengan Hamster. Persoalannya, Hamster dan Guinea Pig ni bawak penyakit macam kencing tikus ke?

Kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya kepada manusia iaitu daripada binatang atau haiwan yang kotor. Nama spirosis menunjukkan pada virus yang berbentuk spiral. Laporan keratan akhbar KOSMO! pada 14 Februari 2011 lalu menyatakan seorang warga belia terpaksa membuat pembedahan memotong kedua belah tangan serta kaki kerana wabak tersebut. Selain itu, menurut laporan itu lagi tikus peliharaan atau hamster dikhuatiri berisiko tinggi berjangkit penyakit leptospirosis. Lalu salah seorang doktor haiwan, menghantar e-mel kepada penulis laporan akhbar yang mahsyur tersebut dan didapati penulis tiada pengesahan daripada pakar serta laporan tersebut masih belum dikenal pasti penyakitnya dan masih lagi dalam kajian. Doktor haiwan tersebut sekaligus membuat andaian bahawa berita itu tidak sahih.

Persoalannya, adakah benar hamster juga salah satu haiwan pembawa wabak kencing tikus? Menurut kajian, penyakit kencing tikus hanya menyerang organ dalaman badan kita tetapi dalam akhbar menyatakan kedua belah tangan serta kaki dipotong. Maka terbuktilah ianya tidak benar!

Jadi, kepada sesiapa yang mencari jawapan, kencing hamster tidak merbahaya selagi kita menjaga kebersihan kandang dan pemakanan mereka serta tiada hubung kait dengan haiwan liar, contohnya, tikus liar. Sebaliknya, tikus liarlah yang berisiko tinggi membawa penyakit leptospirosis iaitu melalui air kencing tikus. Ini kerana habitat tikur liar yang kotor, berkuman serta pemakanan yang berbakteria. Selain itu, kucing, anjing, serta guinea pig juga berisiko mendapat Leptospirosis SEKIRANYA haiwan haiwan tersebut berhubung kait dengan tikus liar.

Berikut merupakan saranan saya sendiri jika anda membela hamster atau guinea pig untuk mengelakkan penularan wabak kencing tikus.

- Menjaga kebersihan kandang
- Menjaga pemakanan
- Tidak berhubung kait atau bercontact dengan tikus liar
- Memberikan makanan yang berprotein tinggi untuk meningkatkan imunasi ketahanan haiwan peliharaan. Contohnya telur rebus putih yang dihancurkan.

Sekian.

Ceh skemanya, nak buat format BM konon.

Monday, March 19, 2012

A little love, for my beloved.

Sunday, March 18, 2012

Pengalaman bela hamster

Masa 2006 dulu, aku pernah bela hamster.
Sepasang la aku beli 1 dwarf hamster betina dan satu lagi Syrian hamster jantan (Jenis hamster lain), konon nak bagi dorang mengawan and dapat babies (pups)
Hamster ni kategori haiwan yang sangat sangat jinak ok. Dan mereka ni OMEYYY sangatttt
Masa aku beli tuu, hamster ni suka sangat gigit aku. Oi sakit tau -__- berdarah darah tangan aku. Tapi bila lama lama aku dengan hamster, main main dengan hamster..bagi makan hamster, diorang akan jadi SANGAT SANGAT jinak. Tolonglah faham , dorang ni jinak sangat. Guling guling kat tangan dan buat muka comel mata bersinar sinar lak tuh.
Ai, aku rindu hamster lama aku :'(

Punya lah lama aku menunggu nak dapat baby hamster ni until aku noticed lepas balik sekolah tu, Milky II jadi tembam and bolat bolat. Aku pun dengan nakalnya usik Milky II yang tembam dengan picit-2 perutnya *lembut je picit*
Haha, meroyan jugak la hamster betina tu xD
Tempoh hamil hamster ni sangat la sekejap.
Dalam 1 minggu lepas tu, walahh, ada 4 ekorss baby hamster (pups) newborn
Woah melompat aku. Semuanya merah2 dan tak berbulu lagi. siap boleh nampak jantung anak hamster tu berdegup woo -___-

Unfortunately, hari ke-3 newborn pups tu si Milky II tu makan anak dia 3 ekor. Tinggal sekorrr jeeeeeeee anak hamster tu. Aku separate si hamster jantan tu utk mengelakkan kenduri makan anak sendiri.
Ya, hamster jantan sangat berisiko tinggi utk makan anak hamster tau.
Pastu dengan aku takda ilmunya, pergi pegang anak hamster yang masih merah dan asing kan ibu bapak dia. Bila aku fikir balik, bodohnya aku ni. Kenapa pegi pegang la, mati lah anak tu.
Point aku adalah tknk kasi parents dia makan. Tapi adoi, mati semuanya.
Aku frust gegila dan akuterasa macam aku ni pembunuh binatang.
Start tu si Milky II ni jadi meroyan. Dia punya tebiat dia jadi lain.
Hamster ni pun sebenarnya ada perasaan tau.
Then beberapa hari lepas tu, si ibu nya mati. Terduduk and nangis aku dapati yang si betina,Milky II tu dah tak bernafas.
Boleh drama woah -_-

Aku dah fobia nak bela since kematian ibu hamster,serta anak-anaknya.
Dengan itu aku serahkan si hamster jantan kat jiran aku. Serik kot bela hamster ni selama 2 tahun setengah.

Lepas tu tak lama beberapa tahun, papa aku hadiah kan seekor lagi hamster jenis gebu gebu pendek dan gemok. Tengok nya dari baka yang sangat comel. Oi comelnya tak terkata. Hamster betina, nama dia Milky III.
Bila papa aku serahkan hamster tu, muka aku dah 30 darjah kerut dah. Ye la, dah la aku fobia kan nak bela. Tapi papa aku cakap macam 'give urself second chance' la. Lepastu tengok pulak hamster tu gebu montok , pergh aku terus ambik !
So aku bela.
Tapi hamster ni tak lama, just 1 tahun je bertahan. Mungkin sebab dia single takda pakwe then hak batin dia tak puas kot. Mungkinnnnnnnn. Mungkinnnnnnnn -____- aku analisis jaaaaaaa.
Thennn aku takbela dahhh.

Sampaiiiiii semalam 18th March 2012, aku beli hamster jantan baru, dengan duit aku sendiri.
Sangkar pun beli baru. Haha, murah nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D
Dan aku namakannya Milky IV.
Milky lagi ?
Ah lantak ah, bukan hamster kau, hamster aku.
Bulan depan aku ingat nak beli seekor lagi hamster betina, jenis dwarf. Yang ni mahal punya -_-
Nak tengok depa mengawan hee :D
takda la, Since aku dah buat analisis dan search macamana nak jaga hamster ni,
jadi aku dah tak goyah nak jaga newborn hamster(pups)
InsyAllah, aku boleh jaga :)
EH NANTI KALAU NAK JAGA ANAK SENDIRI PON AKU INGAT NAK GOOGLE JUGAK LA.

'' How to take care our own baby ''
Please jangan gelak.



hamster jantan aku sejibik segedebuk sebomb dengan ni.Cuma hamster aku kurus sikit.
Alaahhhhhhh macam tuan diaaaaa. OMEY KANNNN??
please kata comel

Monday, March 12, 2012

Me play piano like a boss #2



This is the second song for my piano exam soon. Kinda nervous but wallah ! I've made it with just a record xD
Sebenarnya video ini diambil pada hari yang sama yang post previous previous. Wahahahah hikkhokk.
nanti aku upload utk third song for piano exam.

Pop song ? Aku lagi nervous nak main lagu yang popular sebab.. -__- I only play by ear bukan berpandukan notes sooooo mungkin banyak salah. Oleh sebab itu aku malas nak record. K bye.

Ramai orang tanya, kenapa aku still going to piano class sedangkan dah tahu main piano ?
Haha, aku perlu sijil beb.. Sijil.. Penting okay sijil tu -___________-
Teacher kata kalau nak mengajar ke jadi music teacher sdn bhd, senang kalau ada sijil.
Fuhh, tapi aku still beginner. Tak master sebab hearing aku still weak. Too weak.
So ada relevan gak aku pergi piano class ni.
K apa pasai nak bebel panjang2 lagi ni . Ok buhbye muahmuah.

Saturday, March 10, 2012

I used to be a rempit - handwriting

Facebooker A : '' I hate rempitz ! Please don't add me ! If you do so, I won't approve you ! ''
Facebooker B : '' F*ck rempit. Piece of sh*t ''
Facebooker C : '' ReWmpIwtZ cAm ShiAL aH, mENcIkz tAo '' <---- tak sedar diri

Aku ni dulu pernah digelar budak 'terlampau kreatif' suatu ketika dahulu.
Takpercaya? Cer tengok balik post-post dahulu. Meremang beb. Meremang.
Tapi nak meremang jadah apa? Akuuuuuuu jugak yang post menda alah tu.
Ahh sekarang apa ? Bebel sorang2 kat blogging ? Eh sekarang twitter pulak hot?
Ahhh saks saks saks.

Bila sebut aje twitter, oh maaf,
Bila aku taip aje twitter, teringat pulak yang sebenarnya twitter WAYYYYYYYYYYYYYYY more ohsem dari Facebook. Wahahahha :D
Buktinya ? Oi, ramai budak budak fehbuk dah guna twitter.
Di twitter , kalau orang tu hot atau dikenali, ianya dipanggil twitfamous.
Tak pakai lah ayat 'Budak Hot Twitter'
Myspace ? Entah lah, dah lama aku tak dengar cerita.
Like a ghost town like a ghost town. (nada like a g6)

OKAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
keluar tajuk eytu perkara biasa oghayh?
So, i used to be a rempit when I was 13-14.
Haha why ? Pengaruh Myspace lah dulu. BAGI AKU LA, tulisan kecik besaq kicik besaq tu macam tarikan utama orang nak baca serta fancy.
Ntah apa pulak jadah fancy ini ?

Tapi sekarang tak dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *mata bulat, mulut nganga*

" hha,..bla ktew tgat blik an ayt nih''sy ingt nk bt date'' tuh..
waahaha..then,sdar lak yg dye tu kcik agy..ahakz..ngekk~
bdak tu lak mkin lma mghindari dri drpd ktew...wuhuu..=[
tp sbnrnya,itu hnya ilusi smata2..da lak nk bt date 12 tawun..
gyler..dpt taw kt ma ktew..10 cop jari mlekat kt pp nih ha..
haha...kcik2 da pndai mggatal a.k.a ngengade... ''

-dipetik dari post 19th of May 2009, blog Her Illusionist

ayat yang di bold itu merupakan 'kesalahan' dialek pelat yang melampau. FAILED.
Sekian mekasih.

Friday, March 9, 2012

Me play piano like a boss



Ehemm, the title explain everything ;P Byebye,
Played by Yasmin Binti Johan

Thursday, March 8, 2012

Kalau dah exam tu...(update pendek)



Kadang kadang scene ni membuatkan aku kena double triple check soalan soalan yang-tetiba-jawapan-C-lebih-banyak-dihitamkan-kat-kertas-jawapan

Mesti hampa pun pernah kena camni kan? Hahaha

Kalau macam ni?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...