Sunday, March 18, 2012

Pengalaman bela hamster

Masa 2006 dulu, aku pernah bela hamster.
Sepasang la aku beli 1 dwarf hamster betina dan satu lagi Syrian hamster jantan (Jenis hamster lain), konon nak bagi dorang mengawan and dapat babies (pups)
Hamster ni kategori haiwan yang sangat sangat jinak ok. Dan mereka ni OMEYYY sangatttt
Masa aku beli tuu, hamster ni suka sangat gigit aku. Oi sakit tau -__- berdarah darah tangan aku. Tapi bila lama lama aku dengan hamster, main main dengan hamster..bagi makan hamster, diorang akan jadi SANGAT SANGAT jinak. Tolonglah faham , dorang ni jinak sangat. Guling guling kat tangan dan buat muka comel mata bersinar sinar lak tuh.
Ai, aku rindu hamster lama aku :'(

Punya lah lama aku menunggu nak dapat baby hamster ni until aku noticed lepas balik sekolah tu, Milky II jadi tembam and bolat bolat. Aku pun dengan nakalnya usik Milky II yang tembam dengan picit-2 perutnya *lembut je picit*
Haha, meroyan jugak la hamster betina tu xD
Tempoh hamil hamster ni sangat la sekejap.
Dalam 1 minggu lepas tu, walahh, ada 4 ekorss baby hamster (pups) newborn
Woah melompat aku. Semuanya merah2 dan tak berbulu lagi. siap boleh nampak jantung anak hamster tu berdegup woo -___-

Unfortunately, hari ke-3 newborn pups tu si Milky II tu makan anak dia 3 ekor. Tinggal sekorrr jeeeeeeee anak hamster tu. Aku separate si hamster jantan tu utk mengelakkan kenduri makan anak sendiri.
Ya, hamster jantan sangat berisiko tinggi utk makan anak hamster tau.
Pastu dengan aku takda ilmunya, pergi pegang anak hamster yang masih merah dan asing kan ibu bapak dia. Bila aku fikir balik, bodohnya aku ni. Kenapa pegi pegang la, mati lah anak tu.
Point aku adalah tknk kasi parents dia makan. Tapi adoi, mati semuanya.
Aku frust gegila dan akuterasa macam aku ni pembunuh binatang.
Start tu si Milky II ni jadi meroyan. Dia punya tebiat dia jadi lain.
Hamster ni pun sebenarnya ada perasaan tau.
Then beberapa hari lepas tu, si ibu nya mati. Terduduk and nangis aku dapati yang si betina,Milky II tu dah tak bernafas.
Boleh drama woah -_-

Aku dah fobia nak bela since kematian ibu hamster,serta anak-anaknya.
Dengan itu aku serahkan si hamster jantan kat jiran aku. Serik kot bela hamster ni selama 2 tahun setengah.

Lepas tu tak lama beberapa tahun, papa aku hadiah kan seekor lagi hamster jenis gebu gebu pendek dan gemok. Tengok nya dari baka yang sangat comel. Oi comelnya tak terkata. Hamster betina, nama dia Milky III.
Bila papa aku serahkan hamster tu, muka aku dah 30 darjah kerut dah. Ye la, dah la aku fobia kan nak bela. Tapi papa aku cakap macam 'give urself second chance' la. Lepastu tengok pulak hamster tu gebu montok , pergh aku terus ambik !
So aku bela.
Tapi hamster ni tak lama, just 1 tahun je bertahan. Mungkin sebab dia single takda pakwe then hak batin dia tak puas kot. Mungkinnnnnnnn. Mungkinnnnnnnn -____- aku analisis jaaaaaaa.
Thennn aku takbela dahhh.

Sampaiiiiii semalam 18th March 2012, aku beli hamster jantan baru, dengan duit aku sendiri.
Sangkar pun beli baru. Haha, murah nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D
Dan aku namakannya Milky IV.
Milky lagi ?
Ah lantak ah, bukan hamster kau, hamster aku.
Bulan depan aku ingat nak beli seekor lagi hamster betina, jenis dwarf. Yang ni mahal punya -_-
Nak tengok depa mengawan hee :D
takda la, Since aku dah buat analisis dan search macamana nak jaga hamster ni,
jadi aku dah tak goyah nak jaga newborn hamster(pups)
InsyAllah, aku boleh jaga :)
EH NANTI KALAU NAK JAGA ANAK SENDIRI PON AKU INGAT NAK GOOGLE JUGAK LA.

'' How to take care our own baby ''
Please jangan gelak.



hamster jantan aku sejibik segedebuk sebomb dengan ni.Cuma hamster aku kurus sikit.
Alaahhhhhhh macam tuan diaaaaa. OMEY KANNNN??
please kata comel

3 pengkritik:

Anonymous said...

Dulu pnh bela hamster jgak smpai induk dy yg jantan da jd obes,bdn bsr,pnh dlu mak ny n ank dy yg btne beranak dlm tempoh mse yg dkt,dlm 1 mse dpt 11 ekor baby hamster tp yg hdup cme sekor je :'(

Firdaus Kamal said...

awak tak sempat nak jaga anak awak sebab awak pun dah pergi sebelum nikah .... semoga awak tenang di sana ... awak x boleh baca ni sebab awak di alam lain jadi .. ini untuk orang yang baca blog dia ...

Firdaus Kamal said...

awak x sempat nak jaga anak awak sebab awak dh pergi sebelum nikah .. takpelah ni takdir allah ... awak memang x boleh baca dh sebab awak di alam lain tapi ini untuk yang baca blog dia ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...