Aku bagitahu kawan kawan aku tentang pembelian hamster.
haha, gebang satu geng aku xD
Lantoklah -__- excited kot beli binatang ngan duit sendiri
Haha, so ramai kawan kawan aku cakap, even bibik aku kata..
'' Kenapa hang beli hamster? Hang tau dak kencing dia bahaya boleh bawak virus? Cari penyakit ~''
Depa ni, google ada takmau nak search. Eh dulu aku bela ok je sihat walafiat alhamdulillah.
*ceh marah ni marah ni*
Haha, ok meh aku nak share something.
Sapa ada bela guinea pig ? K guniea pig ni pun species2 hamster gak, sama tapi tak serupa k.
Dan guenia pig ni jugak ramai orang diklasifikasikan sebagai binatang peliharaan yang berbahaya.
Sama jugak dengan Hamster. Persoalannya, Hamster dan Guinea Pig ni bawak penyakit macam kencing tikus ke?
Kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya kepada manusia iaitu daripada binatang atau haiwan yang kotor. Nama spirosis menunjukkan pada virus yang berbentuk spiral. Laporan keratan akhbar KOSMO! pada 14 Februari 2011 lalu menyatakan seorang warga belia terpaksa membuat pembedahan memotong kedua belah tangan serta kaki kerana wabak tersebut. Selain itu, menurut laporan itu lagi tikus peliharaan atau hamster dikhuatiri berisiko tinggi berjangkit penyakit leptospirosis. Lalu salah seorang doktor haiwan, menghantar e-mel kepada penulis laporan akhbar yang mahsyur tersebut dan didapati penulis tiada pengesahan daripada pakar serta laporan tersebut masih belum dikenal pasti penyakitnya dan masih lagi dalam kajian. Doktor haiwan tersebut sekaligus membuat andaian bahawa berita itu tidak sahih.
Persoalannya, adakah benar hamster juga salah satu haiwan pembawa wabak kencing tikus? Menurut kajian, penyakit kencing tikus hanya menyerang organ dalaman badan kita tetapi dalam akhbar menyatakan kedua belah tangan serta kaki dipotong. Maka terbuktilah ianya tidak benar!
Jadi, kepada sesiapa yang mencari jawapan, kencing hamster tidak merbahaya selagi kita menjaga kebersihan kandang dan pemakanan mereka serta tiada hubung kait dengan haiwan liar, contohnya, tikus liar. Sebaliknya, tikus liarlah yang berisiko tinggi membawa penyakit leptospirosis iaitu melalui air kencing tikus. Ini kerana habitat tikur liar yang kotor, berkuman serta pemakanan yang berbakteria. Selain itu, kucing, anjing, serta guinea pig juga berisiko mendapat Leptospirosis SEKIRANYA haiwan haiwan tersebut berhubung kait dengan tikus liar.
Berikut merupakan saranan saya sendiri jika anda membela hamster atau guinea pig untuk mengelakkan penularan wabak kencing tikus.
- Menjaga kebersihan kandang
- Menjaga pemakanan
- Tidak berhubung kait atau bercontact dengan tikus liar
- Memberikan makanan yang berprotein tinggi untuk meningkatkan imunasi ketahanan haiwan peliharaan. Contohnya telur rebus putih yang dihancurkan.
Sekian.
Ceh skemanya, nak buat format BM konon.
Wednesday, March 21, 2012
Penyakit Leptospirosis
pumpangpumpang by YasminJHunwick
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 pengkritik:
haha sama ah pernah jugak bela hamster dulu,beranak sampai berbelas ekor,last2 mati gitu je belaka xD
Post a Comment