Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU - 2013

Sebelum tiba tahun baru yakni di bulan December pada setiap tahun, pasti ada tempat yg kami perlu undi untuk bercuti.   Arwah bersama-sama adiknya akan bergurau-gurau dan bergaduh kecil untuk menetapkan kami kemana hendak bercuti.    Hakikatnya, Arwah tidak banyak kerenah dan mengikut kami kemana sahaja.

Tahun lalu kami ke Universal Studio Singapore selama 3 hari dan selebihnya pulang ke kampung di Semenyih.   Kenangan pahit yang tidak dapat kami lupakan ialah papa arwah (Johan Abdullah) telah dimasukkan ke KPJ Kajang kerana dijangkiti virus tonsil, virusnya telah merebak ke dalam darah dan kadar bakteria dalam darahnya amatlah tinggi.    Keadaan uncle amat kritikal sehingga doktor berkata jika lambat selama 2 jam dibawa ke hospital,  nyawa uncle didalam bahaya.  Alhamdulillah uncle masih meneruskan kehidupan.  Disini,kami sering mempunyai teori sendiri 'Adakah uncle bertukar nyawa dgn puterinya' Puteri kami yang tidak pernah sakit telah ditakdirnya olehNya meninggalkan kami selepas 6 bulan uncle keluar dari hospital.    Ini lah dikatakan Qada dan qadar.  Tiada siapa sangka inilah perancangan Allah swt.

Kalau sesiapa bertanya kenangan pada tahun 2012, mungkin tidak kepada aunty.. tarikh 3 Jun akan sentiasa berlegar di fikiran dan tahunnya ialah 2012.   Sekali lagi, bila hati bersedih,aunty akan terus memikirkan ketentuanNya.   PerancanganMu adalah yang terbaik ya Allah SWT.

Disini juga aunty ingin memaklumkan dan mungkin tidak terlalu awal untuk memberitahu yang, In Sha Allah dengan izinNya, aunty akan mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah bersama Uncle Johan dan adik-adik arwah Muiz, Zharif dan Ayesha pada tarikh 23hb Januari - 6 Februari.  Dikesempatan ini aunty ingin memohon jutaan maaf kepada semua yang aunty kenal dan baru mengenali selepas kepergian arwah, yang telah berhubung di semua media, blog, fb, twitter etc.   Buat masa ini fb aunty ditutup untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu dan aunty akan membukanya kembali seminggu sebelum berangkat ke Tanah Suci.  Aunty meminta maaf jika ada yang tidak dapat hubungi aunty.   Buat sementara waktu, sila lah hubungi aunty melalui blog ini.

Walaupun mengikut kalendar Islam, Maal Hijrah sudah pun berlalu 2 bulan yang lalu, nasihat aunty untuk anak-anak diluar sana, jadikan lah tahun 2013 yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya.  Juga jadikan diri anda terbaik dalam apa segi sekalipun di dunia ini dan jangan lupa bekalan untuk akhirat.   Bahagikan masa anda dengan bijak......

Wassalam.

# Sorry anak-anak, gambar ini tak ada kena mengena dgn artikel ini.. ini arwah Yasmin semasa berusia 2 tahun.


   

43 pengkritik:

Syimir Yunusi said...

we will miss u aunty :) doakn yg terbaek utk min..

Unknown said...

semoga aunty baik-baik di sana dan semoga pulang dengan selamat. Al-Fatihah untuk arwah. COmelnye dia kekecik!

insan kecewa said...

Ya Allah .. aku Sgt sedih..

Anonymous said...

sy turut akn doakn perjalanan aunty sekeluarga di sana...

Qila sulaiman said...

aunty harap semua berjalan lancar

Amir Aiman Akashah said...

selamat tahun 2013 mama saz....al-fatihah juga utk arwah adinda yasmin. moga2 roh arwah ditempatkan dikalangan hamba2 yang beruntungan dunia dan akhirat. in shaa allah

Anonymous said...

Al-fatihah buat arwah

runnerseven7 said...

selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013....2012 menemukan sy kepada satu cerita kehidupan dan takdir yang memberi makna kepada hidup saya..TQ.. her illusionist..

Hanis Zahidah said...

Happy New Year Aunty Saz!!Semoga Aunty Saz baik-baik di sana dan semoga pulang dengan selamat..Al-Fatihah buat arwah Kak Yasmin..Arwah Kak Yasmin memang comel+cantik!!~Sedih sbb tak dapat berkenalan dengan arwah Kak Yasmin dengan lebih dekat :'(

nurul asiken.apandi said...

selamat tahun baru aunty.semoga perjalanan aunty ke tanah suci nanti selamat..

Anonymous said...

sabar aunty. inshaAllah ada hikmahnya. jangan terlalu sedih kepada yang tiada. Aunty ada lagi anak anak yang lain untuk jadi penghibur hati. arwah mesti sentiasa doakan yang baik baik untuk keluarganya. di tanah haram nanti, saya minta tolong aunty doakan rakan rakan sebaya dengan arwah utk keputusan SPM ye? terima kasih :)

semoga ditabahkan hati sentiasa. amin ya Rabb

Anonymous said...

Ya ALLAH, saya sangat kagum dgn aunty sekeluarga dlm menghadapi dugaan ini. ALLAH sentiasa bersama aunty. jangan risau :) boleh saya tanya, arwah yasmin start belajar piano umur berapa?

mars marsyitah said...

Auntie sy hrap auntie bca komen sy..
sy nk bgtau ade org pkai gambar Yasmin kat facebook..tak tau la kalau gambar tuw facebook sedara mara auntie punya..tapi agak pelik sy tengok..

nie link facebook dia...

https://www.facebook.com/qistina.lyana.52?ref=ts&fref=ts

Unknown said...

Al fatihah min .. Semoga adik tenang dekat sana :)

Ummi Hanie said...

slmt mengerjakan umrah, kak saz... tak dapatlah nak planning cari akk ketika sy bercuti di Langkawi 27 -29 jan'13 ni...

Aku said...

Semoga selamat pergi dan balik. aunty selalu post ye pasal yasmin.saya suka baca. saya doakan yasmin disana.

Intan Azham said...

Semoga Allahyarhamah ditmptkan bersama kekasih2 Allah SWT..Aamiin.. dan didoakan juga semoga auntie & family selamat pergi & pulang dr mengerjakan umrah...

Anonymous said...

-mars masyitah-

betul la awak, gambar yasmin tu. aunty saz, please selidik :) semoga aunty tabah dan dilindingu Allah di sana :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga dipermudahkan urusan Kak Saz sekeluarga di sana...

Al-Fatihah utk arwah

YasminJHunwick said...

Salam semua,tq atas doa2semua. Mars Marsyitah - Dia dah remove gambar arwah dari fb dia.

YasminJHunwick said...

Anonymous - Arwah start main piano dari umur 11 tahun. Tapi sebelum aunty belikan dia piano dia mmg dah berminat dari kecil. Bermain piano ini hanya hobi arwah dimasa lapang.

Dyg MardJannah said...

baik2 ya :)

Ray_Stryder said...

Salam ibu , doa dan harapan saya semoga kita terus tabah hadapi hari muka yang mendatang...masyallah saya jua merindui adik sayer min..Al Fatihah .Amin

Anonymous said...

oh thanks aunty, semoga aunty sekeluarga bahagia di duania dan akhirat in sha ALLAH, semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama aunty, :)

insan kecewa said...

Aunty knp ada lg gambar arwah kt fb profile pic qistina lyana!!!!! Risau r ada org sabotaj dia nti YA ALLAH

insan kecewa said...

Sy rasa ada bdk laki brasal dari terangganu create profile n then letak gambar arwah.. Maafkan sy yasmin sy xdpt bendung kiranya ada org nk sabotaj awk. Tp sy akn cuba hapuskan kalu ada yg sabotaj awk. Sy xleh lupa jasa awk sampai bla2.thanks hadir dlm hdp sy. Ya Allah.. lindungilah arwah..

Anonymous said...

Aunty, gambar arwah Yasmin masih ada di fb qistina lyana.

MeLyssa NaDiea MRY said...

mell doakan untie sekeluarga sentiasa tenang bila berada di tanah suci nanti...aminnn...selamat pergi dan selamat pulang ya untie :)

Masya said...

assalamualaikum....

saya tak kenal arwah.. sy hanya tahu dia meninggaldunia semasa baca blog kwn saya ummi iman, saya doakan auntie tabah.. moga roh arwah tenang disana.... semoga pemergian aunie ke tanah suci dipermudahkan.. doakan yg terbaik buat arwah

QasehnyaRania said...

as-salam..
semoga dipermudahkan segalanya.
amin

kamarol said...

As salam aunty..smga perjalanan aunty skluarga sentiasa . Berkati dan dirahmati Allah S.W.T.slmat pergi dan kmbali..fb yg dinyatakan tu msih mnggunakan pic arwah...sy da pm owner fb tu dan jlaskan smuanya..harap dia fham...slamat mnjadi tetamu Allah bt aunty sekeluarga...amin.....

Anonymous said...

-kamarol arifin-
As salam aunty..sy doakan smga aunty sekeluarga slamat pergi dan kmbali...tentang fb qistina lyana ti..dia msih mnggunakan pic arwah...sy dah pm owner fb tu dan jelaskan smuanya...smga dia fham...sekali lg aunty...selamat mnjadi tetamu Allah S.W.T....Amin

girl86 said...

assalammualaikum...unty
walaupun sya tdk penah kenal arwah dn tdk penah mengtahui cta ttng arwah..sya sungguh2 sdih dan stiap kali baca blog ni sya memng mnitiskan airmata..sya harap unty tabh hadapi semua ujian dariNYA..smoga rohnya di cucri rahmat..alfatihah buat arwah..

Anonymous said...

assalam aunty, insyaAllah saya pun akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 23/3 insyaAllah klu ada rezeki kita akan berjumpa di sana. saya sebaya dgn arwah.. saya baca semua entry yg aunty tulis. setiap entry yg aunty tulis buat saya sebak. arwah buat saya sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiNya bhw Allah boleh mengambil nyawa kita bila2 masa shj tak kira umur kita masih muda. saya hrp aunty trus bersabar. rancangan Allah itu hebat aunty..may Allah always protect you. amin..till we meet aunty. take care :)

Anonymous said...

assalam aunty, insyaAllah saya pun akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 23/3 insyaAllah klu ada rezeki kita akan berjumpa di sana. saya sebaya dgn arwah.. saya baca semua entry yg aunty tulis. setiap entry yg aunty tulis buat saya sebak. arwah buat saya sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiNya bhw Allah boleh mengambil nyawa kita bila2 masa shj tak kira umur kita masih muda. saya hrp aunty trus bersabar. rancangan Allah itu hebat aunty..may Allah always protect you. amin..till we meet aunty. take care :)

Unknown said...

hope ayesha dpt jd cm kakak dye..
adik yasmin tlh menginsaf kan sy. agama dan hubungan kekeluargaan sgt penting... al-fatihah untuk arwak adik yasmin.. comelnye dye

Ady skywalker said...

Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum (Maka sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti datang menemui mu).
Dan

"kullu nafsin zaaiqatul maut.." setiap jiwa akan merasai mati..
Redho lah pemergianya..
Semoga dia tenang di sana..harap puan berbahagia
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu sekelian, niscaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).

Anonymous said...

Comelnye arwah yasmin :) al-fatihah. baru semalam saye terbace kisah yasmin nie. Sebak sikit bile bace.. Even tak kenal.

Anonymous said...

Saye baru terbace kisah arwah semalam , 14/4/13 hari ahad.. Sebak bila membaca.. Semoga arwah ter golong dalam orang orang beriman.. Al-fatihah

Blvck hearted said...

Assalamualaikum.... Puan sabagai seorang ibu ,selepas permergian insan tersayang,rinduu,,,,,,.dan segala kenangan itu yg membuat sebak je rasa jiwa.yasmin adalah insan yg di pilih,kita hanya di pinjamkan utk bersama nya seketika waktu aje,saya telahkehilanganputera yg saya sayangii pada dec 2005..dah hampir 8 thn .selepas terlibat dlm satu kemalangan, alfateha.......



Blvck hearted said...

Assalamualaikum.... Puan sabagai seorang ibu ,selepas permergian insan tersayang,rinduu,,,,,,.dan segala kenangan itu yg membuat sebak je rasa jiwa.yasmin adalah insan yg di pilih,kita hanya di pinjamkan utk bersama nya seketika waktu aje,saya telahkehilanganputera yg saya sayangii pada dec 2005..dah hampir 8 thn .selepas terlibat dlm satu kemalangan, alfateha.......



Blvck hearted said...

Assalamualaikum.... Puan sabagai seorang ibu ,selepas permergian insan tersayang,rinduu,,,,,,.dan segala kenangan itu yg membuat sebak je rasa jiwa.yasmin adalah insan yg di pilih,kita hanya di pinjamkan utk bersama nya seketika waktu aje,saya telahkehilanganputera yg saya sayangii pada dec 2005..dah hampir 8 thn .selepas terlibat dlm satu kemalangan, alfateha.......



Anonymous said...

Takziah diatas pemergiannya.Allah lebih menyayanginya dengan kembali kepada-Nya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.teringat anak aku yang berumur 4 tahun. comel macam arwah yasmin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...