Ibu kehilangan sahabat pada dua hari lalu iaitu 4hb Jan dan pada masa yg sama ibu kehilangan sesuatu yang berharga. Ibu hilang dua benda pada masa yang sama. Mungkin hari itu tuhan menguji ibu agar ibu terus tabah dan sentiasa menjadikan diri untuk jadi lebih baik, muslimah dan sentiasa bersyukur.
Tapi syukur alhamdulillah ibu masih punyai suami dan anak2 disamping ibu. Apa yang dapat ibu rungkaikan, inilah dugaan sebelum hendak menunaikan umrah di Tanah Suci nanti. Dugaan sudah bermula dari sini dan mungkin ada yg tidak diizinkan telah ibu lakukan didunia ini. Manusia tidak lari dari membuat kesilapan.
Satu entry pendek dari ibu untuk ibu luahkan. Doakan lah agar ibu tabah hadapi hidup dan segalanya dipermudahkan olehNya. Selepas kehilangan arwah, banyak yg menyentapkan hati ibu. Ibu terharu dengan ucapan-ucapan yamg masih lagi ibu terima sehingga setakat ini. Terima kasih, hanya tuhan yang dapat membalas dan memberi rezeki kepada semua di dunia dan akhirat. Yang pasti 'Mati itu akan menjemput kita pada bila-bila masa', selagi masih bernafas, selagi itu lah kita kena buat kebaikan sesama manusia, membuat kebajikan untuk saham akhirat... disana kekal abadi.. Maafkan ibu jika ada yg tersentuh dan maafkan ibu jika tulisan ibu kali ini agak 'samar-samar' .. Ini adalah cerita ibu sendiri. Ibu masih bersedih sejak 2 hari lalu.... Wassalam
30 pengkritik:
sabar yer ibu... syg kita kat arwah xblh nak lawan sygnya ALLAH pada arwah... ibu kena kuar smgt tau.. rmai lg yg bsama-sama ibu..
<3
sabar aunty, ALLAH sentiasa bersama aunty, akhirat nanti di sana yang kekal, semoga aunty dalam rahmat ALLAH selalu in sha ALLAH :)
Sabar yaa aunty...semoga Allah sentiasa merahmati keluarga aunty dan semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat
keep ur head up aunty.. we will always be right behind u.. <3
La Tahzan
tidak hari tanpa di uji atas sbb itu lah kita hidup dan mati
sabar yer kak...allah sygkan akak sbb tu dia uji akak dgn ujian2 ini....pasti ada hikmah disebaliknyer yg sedg mnnti akak di hdpn..
lily harap ibu tabah hadapi dugaan darinya..apa pun kesilapan yang kita lakukan atau dugaan yang datang haruslah dianggap sesuatu yang baik kerana Allah masih lagi cuba untuk mengingatkan kita supaya untuk lebih mengingatinya...
La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin… Tidak ada tuhan selain-Mu. Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim…
:') sabar aunty setiap yg brlaku pasti ada hikmahnya
Al-Fatihah
tidak diberi ujian buat kita sebagai hamba-Nya semata-mata utk menyakiti, tetapi DIA beri kita ujian atas dasar kasih dan sayang-Nya buat kita, kerana kita Dia cintai.
mohon maaf jika komen/bicara/tingkah amir selama ini ada yg menyakiti.
harap mama saz tabah dan sabaq ats segala ujian.
jazakallah
sabar ye untie..setiap yg hidup pasti akan mati..semoga ALLAH sentiasa merahmati kita semua...aminnn
Salam, Kak Saz... bersabar ya dalam menghadapi ujian ini. Mungkin ia sebagai pendinding supaya Kak Saz menjadi lebih kuat di bumi suci nanti...
sebenarnya kenangan yang buat kita sedih....boleh aje bersedih..tp kalu di fikir...pergi tetap pergi...sedih mcmana pun...mmg dah pergi...lakukan yg mampu memberi sesuatu kpdnya adalah lebih baik dari memberi kesedihan....
Salam takziah,Sabar yer aunty.Al-Fatihah untuk arwah Yasmin.Ujian menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah. Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba
"Tiadalah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kerisauan, kesedihan, seksaan, gelisah sehinga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosa-dosanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa`id dan Abu Hurairah)
Salam takziah,Sabar yer aunty.Al-Fatihah untuk arwah Yasmin.Ujian menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah. Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba
"Tiadalah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kerisauan, kesedihan, seksaan, gelisah sehinga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosa-dosanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa`id dan Abu Hurairah)
:'(
moga terus tabah ye. Dan ALfatihah utk arwah
sabar ye aunty..setiap yg hdup pasti akan pergi meninggalkan kita..aunty kena tabah dgn semuanya ae..semoga roh arwah yasmin n sahabat aunty sentiasa dicucuri rahmat..al-fatihah..
Salam,
Setiap manusia pasti diuji dan setial ujian ada hikmahnya. Meskipun ujian itu berat namun pasti ada jalan dan ruang dihadapan.Dihadapan kaabah dan raudah mohon pada allah agar diberi kekuatan dan ketabahan.Semua yang ada didunia ini pinjaman cuma bukan hak kita.
Salam
Nic
Assalamualaikum ibu..
Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap sseorang hamba.
ibu banyak2kan bersabar. Ujian memantapkan Iman seseorang.. Inshaallah x lame lgi ibu aku jumpe kegembiraan yg ibu impikan.. ^^
Assalamualaikum ibu..
Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba.
ibu bnyak2 kan bersabar ye.. Inshaallah x lame lgi ibu akn jmpekan kebahagian ibu.. Amin ^^
Assalamualaikum ibu..
Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba.
ibu bnyak2 kan bersabar ye.. Inshaallah x lame lgi ibu akn jmpekan kebahagian ibu.. Amin ^^
Assalamualaikum ibu :) , semoga ibu terus kuat .. Semoga ALLAH memberikan 1001 ketenangan dan kesenangan utk ibu .. :D
Semoga kak saz terus tabah menghadapi segalanya, we love u kak saz...hope dapat beribadah dengan tenang....semoga selamat semuanya kak saz & keluarga...di lindungi Allah...Amin.
salam auntie..sabar n banyakkan istighfar yaa auntie...ALLAH lebih syg dia..kuatkan semangat..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas yasmin..al fatihah ya..^_^
saya bersimpati,dan say sedekahkan al-fatihah untuk yasmin..benarkan say beriklan sekejap..please like my page.. http://www.facebook.com/pages/Secret-Bust-Up-Beauty-Skin-Stokist-Rahsia-Cantik-Dan-Menawan/287057354737250?ref=hl
terima kasih
Banyakkan bersabar ye. InsyaAllah arwah tenang di sane..
Itu semua ketetapan dari ilahi.kita sebagai hambanya wajib menerima qada dan qadarnya dengan kesabaran.
semua yg hidup pasti akan mati..alfatihah untuk arwah. sangat terharu baca kisah ini...
Harap tabah menghadapi situasi ini... Al-fatihah~
Post a Comment