Sunday, April 15, 2012

Talak

Ini kisah benar perbincangan fasal talak, masa pendidikan Islam, di kelas aku.

Masa : 10.30 pagi - 11.15 pagi
Tarikh : 15 April 2012

Ustazah : Ok, hari ni kita nak bincang tajuk Talak, bukak buku teks, sapa ada buku nota, ha baguih, bawak keluaq. Soal talak ni rumit sikit ha.

Roshidi : Yeyy yeyy, cereta bab Kahwin.. Yeyy yeyy..

Ustazah : Ok, apa maksud talak ?

Pelajar : *bunyi bising, masing-masing bagi jawapan berterabur*

Ustazah : Haaaaa, talak dari segi bahasa bermaksud melepaskan ikatan atau cerai. Syarak pulak merungkaikan ikatan perkahwinan.

Aten : Apa hukumnya ustazah ?

Ustazah : Kalau diikutkan, hukumnya harus. Tapi kita kena tahu yang talak ini adalah perkara yang sah tetapi dibenci oleh Allah S.W.T. Talak ni juga macam jalan penyelesaian yang terakhir kepada pasangan suami isteri. Ada hukum-2 nya jugak bergantung pada keadaan...

Surya : Hahahhaha, kuasa talak ni kat lelaki kan ? Hahahah*gelaksetan*

Ustazah : Ya la, cuba la kalau isteri yang ada kuasa talak, mahunya cerai berai.

Kautsar : Ooooo, sebab tu la lelaki boleh kahwin empat, ustazah ?

Aku : Soalan takda kena mengena. Booooo la.

Kautsar : Ehh biarlah.

Ustazah : Lafaz cerainya hanya tiga sahaja ! Macam lafaz yang pertama, jadi, gugur talak 1. Kalau lafaz kedua, gugur talak 2, begita juga lafaz ketiga, gugurla tahap....ketiga..

Amirul : Ohh ! Ustazah !!! Kalau la lelaki tu kata ''Aku ceraikan kau jikalau kau jejak keluar dari rumah ni '' kan.. Jadi kalau si isteri tu jejak keluar, kira jatuh talak ka ?

Ustazah : Ya , jatuh talak satu,

Ikmal : Ustazah, kalau dia tak sengaja rebah terkeluaq rumah camana ustazah ? Jatuh dok talak ?

Kautsar : Tu la ustazah, kot dia tengah dok mop mop lantai tiba-tiba tersungkoq jatuh terkeluaq. Jatuh ka talak ?

Ustazah : Astafirullah.. macam tak da tempat lain nak jatuh pun! Dah dah, jangan tanya soalan-2 macam tu. Ada pulak nak pi rebah.

Aku, Fira : Wahahahahahahahah, bodoh soalan hahahahahhahahah, agaklah nak jatuh terkeluar rumah !

Surya : *facepalm*

*****

Ada ke patut ?

9 pengkritik:

ERDA SULAIMAN said...

nice...

langit biru said...

Hahahahah... Klakar juga yer... Arwah memang seorg yg berbakat dalam penulisan blog... Btw... Al-fatihah insyallah arwah akan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman... Amin....

langit biru said...

Hahahahah... Klakar juga yer... Arwah memang seorg yg berbakat dalam penulisan blog... Btw... Al-fatihah insyallah arwah akan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman... Amin....

Anonymous said...

Haha.. Tsenyum sendiri bila tbaca crita arwah nie.. Al fatihah... U have such a great stories to tell..

ctzahra said...

very da good story. boleh menggalakkan minat belajar pasal talak isu ni... walaupun nampak biasa2 saja.

ctzahra said...

very da good story. boleh menggalakkan minat belajar pasal talak isu ni... walaupun nampak biasa2 saja.

YasminJHunwick said...

TQ, Aunty/Kak sendiri tersenyum dgn artikel ini.

blog misteri said...

sy terbaca blog ni..arwah memang berbakat dalam penulisan blog ni..

Anonymous said...

15 april hari lahir saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...