Friday, September 17, 2010

HAMPA BACA BUKU DAK ?

17 th September 2010
Masa : 2.56 pm

Semalam aku dapat mesej dari cikgu Tuisyen Geografi aku . Katanya , esok ada Geography class .
Aku angguk je sebab memang dah lama aku tak mengadap buku apa lagi nak baca . Macam terseksa batin nak baca . *erkk ? Batin ?

Lepas tu dalam pukul 3.15 pm sampai rumah teacher .
Fakta : sebenarnya start kelas pukul 3 tapi biasa la , asyik delay delay delay kan ? tak pernah nak tepat.
Macam biasa .. kerja tusyen mana nak buat . Nasib teacher ni jenis faham.. Ye la.. orang nak beraya . Takkan pagi pagi raya nak baca buku dok kat rumah . Ishhh , ruginya sapa yang buat tu . =='

aku duduk di tepi kawan aku , namanya Nursurianna . Aku suka jugak kadang2 sembang dengan Nursurianna ni. * Alahhh ! aku panggil dia Sue je la. Payah la nak tulis panjang2 nama dia
. so ini antaranya perbualan kami time cikgu mengajar .

Aku : Weh , hang baca buku dak ? Ishh , PMR tak lama ni...

Sue : Hang tanya aku boleh ?

Aku : Awat ? sama ka ?

Sue : TAK SAMA OK !

Aku : Oo , kira hang baca la ?

Sue : HAHA , kalau aku angguk memang aku tipu .

Aku : Hah ? *janggal

Sue : Ishhhh ! mana nak baca ! hang tau dak , aku setakat nak tengok buku ni memang payah !
nak pegang , merasai , menggosok nya ..

Aku : wehh , terangsang lah.



HAHA , toksah pedulikan la apa aku tulis tu.
start lain start lain .

Aku : Sue , hang baca buku dak ?

Sue : Dakkk *dia punya 'K' kena tekan iaitu bacaan wajibal Ghonah

Aku : Bagus . Aku ada geng

Sue : aku sayang hang Min

Aku : Ya laaa , takkan pagi pagi raya hang nak baca buku ? orang len pi beraya

Sue : alaa , actually kita kena start hari ke5 Syawal tu dah . Kan dah takda apa apa..

Aku : ........ * diam seolah olah bersalah

Sue : err , aku pun sama . *suara kecil

Aku : ceh

-----
45 minit kemudian

setiap 2 minit, sue ni tengok jam .

Sue : *tengok jam sambil mengira sesuatu '' 5 , 10 , 15 , 20 , 25 .. ''

Aku : Hoiii ! Hang buat apa ?

Sue : kira masa bila nak habis kelas ni

Aku : *berkerut muka

Sue : *berkerut macam the-rock advancer

Aku : Apa nak jadi kita ni .. haihhh

--------

RESULT PEMERHATIAN : OHH , AKU INGAT AKU SORANG JA TAK BACA BELAJAQ . RUPANYA ADA LAGI .

-------

Doakan saya cemerlang dalam PMR ni .. Maaf kalau ada salah silap terlanjur kata..
Saya [ Yasmin Johan ] akan berperang bersama sama tentera tentera yang lain pada 5 Oktober 2010 . Semoga pertempuran bersama kertas soalan ini , aku dapat menguasai nya begitu juga tentera tentera yang lain.

Ini laa barisan kita..
yang ikhlas berjuangggg
siap sedia berkorban ..
untuk ibu dan bapa..

ishh apa ni ! aku kan tengah serious.

0 pengkritik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...