Olla . Salam . Ohayo .
Baru-baru ini aku and family pergi melancong ke
-Penang
-Perak
-Kuala Lumpoq*
so , Mama ku decided suruh buat karangan pasai cuti2 ni .
LANGKAH2 MEMBUAT KARANGAN
- Pastikan menggunakan bahasa baku. Jangan guna bahasa loghat.
ex : takpayah nak gatai nak tau.
- Jangan gunakan perkataan singkatan .
ex : jgn,sy,awk,syg blablabla
tu aje la teori ku kalau nak tulis karangan kat belog.
mari kita mulakan .
10 Disember 2009-3pagi
Jam di tangan menunjukkan pukul 3 pagi.Perutku tak sedap.Mual,pening,demam dan macam-macam lagi. '' Haih , nak pergi ke tidak ni.... '' detus hatiku dalam keadaan masih mamai.
'' emm , tak pergi kot.. '' detus hatiku lagi.Lantas aku ke bilik air.Muntah-muntah.
Dua jam kemudian aku bangun lagi.Ke bilik air dan muntah-muntah.Badanku betul-betul lemah.Pada pukul 8.30 pagi,adikku Zharif mengejutku dari tidur.
'' Mama kata, along kena pi jugak.Cepatlah bersiap nak pi dah, ''
Lantas aku bangun lemah longlai ke bilik air untuk membasuh muka.Pada masa itu aku cuba nak menghindarkan diri dari papa.Bimbang papa kata aku lembik dan lembap.
'' Yasmin ! cepatlah bersiap tunggu apa lagi ! '' kedengaran sayup sayup suara papa.
Apabila semuanya sudah bersiap,aku mengambil beg tarik yang berisi baju dan barang keperluan untuk dimasukkan di dalam kereta Aunty Rafeah.Kami bertolak tepat jam 10 pagi.
11.30pagi. Lokasi : Jeti Kuala Kedah
Aku sampai di Kuala Kedah . Alhamdulillah , aku tak muntah ketika berada di dalam bot.
Kebetulan,Muiz jugak tak sedap badan ketika itu.Zharif dan Ayesha kelihatan seronok dan teruja sekali. Cemburu juga aku apabila melihat budak budak ini excited .
Pada hari pertama kami bercadang hendak ke Pulau Pinang di mana tempat aku dan papa dilahirkan.Maklumlah juga, kami anak jati Penang.Perjalanan ke Pulau Pinang hanya mengambil masa dua jam dari Alor Setar.Sesudah sampai, kami menginap di Hotel Tanjung Bungah.Apabila sampai sahaja di ruang guess room aku terus duduk di sofa dan baringkan diri. Pada jam 6 petang , kedengaran sayup sayup suara adik adikku ketawa. Lantas aku bangun dari katil menuju ke tingkap.
'' Ooo..mandi swiming pool rupanya patutlah..''
Pada malam itu papa ada reunion bersama rakan rakannya. Mama,adik adik dan aku hanya berjalan jalan di pusat membeli belah dan membeli sushi iaitu makanan jepun kesukaan kami.
11 Disember 2009-9 pagi
'' Papa tak sarapan kot.. Jadi kita sarapan dahulu.Jom turun, " Arah mama kepada kami adik beradik.
'' Mama, kenapa Papa tak sarapan ? Selalunya dia marah kami kalau kami tak sarapan.Tak aci laa.. '' Zharif tiba tiba bersuara nada tidak puas hati.
'' Papa tu penat la. Semalam dia reunion balik pukul 2 pagi, '' Aku menjawab.
Mama hanya diam sambil ketawa kecil.
Selesai sarapan,Papa kemudian turun.
'' Sat lagi kita pi Toys Museum ya... '' kata Papa sambil tersengih sengih.
'' YAYYYY !!! '' adik adikku bersorak keriangan.
2.00 petang. Lokasi : Toys Museum
Aku ternampak label Muzium di border bertulis '' The Biggest Toys Museum In Asia ''.Terharu aku membacanya.
'' Muiz, Muiz lah jadi camera man ya.. '' kata Papa kepada Muiz sambil menghulurkan kamera Fujifilm itu.Dalam banyak banyak jenis permainan,aku hanya tertumpu dengan patung 'Alien VS Predator' .
Bagiku patung itu amat unik dengan ukiran Alien dan Predator.Sesudah puas membelek belek patung sambil mengambil gambar,papa mengarah kami untuk pulang.
Ketika itu baru ku sedar,rupanya mama tiada sisi kami ketika berada di Toys Museum.
Pada pukul 3.30 petang,papa checkout dari hotel dan kami menuju ke rumah rakan baik papa.
Selepas itu kami terus bertolak ke Perak.Perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh memakan masa sehingga 3 jam.
Kami menginap di Hotel Seri Malaysia,Ipoh,Perak.Setelah beres semuanya,kami beriadah di hotel itu dengan bermain ping pong.Walaupun aku masih kurang sihat,aku tetap bermain kerana bukan senang hendak bermain main bersama keluarga.Kadang kadang aku menjeling ke arah mama dan papa bermain ping pong.
'' Yasmin, papa nak bet ni. Kalau papa menang,papa boleh ambil satu lagi kan....'' tiba tiba papa bersuara ke arahku sambil tersengih.
'' Jangan nak menggatal !! '' mama bantah sambil ketawa.
Aku faham maksud papa itu. Isteri baru rupanya.
12 Disember 2009-10 pagi
'' Cepat la lambat dah ni! Cepat pack baju, '' Papa mengarah kami supaya cepat bersiap.Kerana kami akan ke Lost World , Perak selepas ini.
'' Along , along pun mandi kan ? '' tanya Zharif dan Ayesha kepadaku.
'' Mandi la...''
'' YEYYY !! Along mandi !! '' sorak mereka. Entah mengapa pula mereka gembira semacam.
Sesudah sampai di Lost World, terkedu sebentar aku kerana terdapat ramai manusia sedang membeli tiket.Pada mulanya papa bercadang akan ke Lost World hari lain.Kebetulan pula hari ini hari Sabtu.
'' Siapa setuju nak pi hari lain angkat tangan! '' papa sengaja bergurau dengan kami
Semua angkat tangan, tetapi Ayesha tidak. Aku sudah faham maksud di raut wajah Ayesha.Dia nak mandi hari ini juga.
'' Hmm... kena pi hari ni jugak la papa.. '' mama mencelah.
Sesudah beli tiket kami masuk dengan penuh teruja.
Ketika aku mandi, datang 3 orang pemuda dan 2 orang perempuan menghampiri aku. Mereka agaknya sebaya dengan aku.
'' Kau ni mat salleh ke?'' salah seorang pemuda bertanya
'' Nama apa? Tinggal mana ? '' seorang lagi pemuda tanya.
'' Dari kedah, '' jawabku hanya ringkas. Malas pula aku mahu layan budak budak ini.
Aku toleh ke arah Muiz. Muiz mengangkat-angkat keningnya sambil menyengih seolah olah menyakat aku.
'' Tak guna punya adik..'' bisik hatiku lucu.Kami mandi di situ seharian.Ada yang bermain terowong gelongsor,disiram air deras dan banyak lagi.Kami tidak ketinggalan untuk menaiki permainan seperti di taman tema Genting. Seronok sekali.
Selesai mandi seharian, aku mendapati kulit muka ku berwarna merah dan mengelupas.
'' Waaaa.! Sunburn ! ''teriakku perlahan.Bukan aku sahaja,malah adik adikku juga.
Kami bermalam di rumah saudara di Tambun,Perak.Mandi di Lost World merupakan kenangan manis bagiku sekeluarga.
13 Disember 2009-9.30 pagi
Aku masih lagi tak sihat.
'' Mama, sat lagi kita nak pi Kellie's Castle ke ? '' tanya Zharif ingin kepastian
'' Ye , kenapa Zharip cam excited je ni ? '' tanya mama lagi
'' Taktau, best..... '' jawab Zharif dengan muka selamba radak
Semasa perjalanan di dalam kereta....
'' Papa, masuk kiri kot kang sesat nanti ni! ''
'' Nanti lah , tengah nak fokus ni.Bisinglah.. ''
'' Hang tu taktau jalan,camana??''
itulah perbualan yang aku dengar ketika hendak ke Batu Gajah.Selebihnya,tak kedengaran pula.Maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.
Akhirnya kami sampai ke Batu Gajah.Pada mulanya memanglah tujuan kami hendak ke Kellie's Castle, tetapi kami terserempak pula dengan mesin melombong bijih timah di mana orang orang British membinanya sekitar awal tahun 1916.Kami agak teruja dengan mesin tersebut.Menurut orang yang menjaga mesin pelombong itu,mesin itu agak senget kerana ada saluran yang bocor di situ. Kami diberi peluang untuk memasuki mesin tersebut.Papa menerangkan sedikit serba serbi mengenai mesin melombong bijih timah ini.
'' Tahu tak , pengorek bijih timah ini mungkin beratnya lebih 10 tan!''
'' Ha? biar betul? Beratnya,mesti diaorang angkat guna mesin apa apa, '' kata Muiz sebaik sahaja mendengar penjelasan dari Papa sebentar tadi.
Tidak lama kemudian, kami beredar dari situ ,takut takut kami akan lewat sampai ke Kellie's Castle.
Semasa dalam perjalanan...
'' Mama , Papa..Muiz dengar tempat Kellie's Castle tu berhantu.. Betul ke??'' tanya Muiz.
'' Mungkin kot, tapi semasa kita ada kat situ jangan nak capul mulut.Faham semua ? '' balas Mama dan memberi nasihat kepada kami.
'' Okay ,'' kami berempat serentak balas.
Sesudah sampai ,kami membeli tiket untuk memasuki istana tersebut.
'' Puan semua ni, dari mana ? '' tanya orang yang penjual tiket tersebut.
'' Kami dari Langkawi , '' jawab Mama ringkas sambil senyum.
'' Haishh panas betul ! dah la ramai diantara kita berbaju hitam!'' rungutku kepanasan.
'' Nahh, ambil payung ni .Sejuk sikit , '' papa mengambil payung yang disediakan dan menghulur kepada ku.
'' Icah pun nak jugak.... '' Ayesha tiba tiba mencelah.
Sedang kami melihat lihat istana yang tesergam indah itu , tiba tiba kedengaran salah seorang penjaga istana tersebut berkata
''Kepada pelancong dari Langkawi, di sebelah kiri anda ada Tree Bear,please have a look, ''
sambil itu dia menerangkan lagi tentang tree bear ini dengan lebih terperinci.
'' Mama ,macamana dia tahu kita dari Langkawi? Dia mesti tanya orang yang penjual tiket tu..'' tanya ku kepada mama kehairanan.
'' Tu la, tadi mama tak cakap dengan dia pun.. hehe.. kita ni kan famous..'' mama balas nada bergurau.
WILL BE CONTINUED
Wednesday, December 16, 2009
Assigment Cuti-cuti Malaysia
pumpangpumpang by YasminJHunwick
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pengkritik:
Post a Comment