Assalamualaikum wbt..
Tarikh 31hb Disember adalah tarikh keramat buat semua, tak kira apa bangsa sekali pun... New year,,, Selamat tahun baru 2015 semua.. moga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. InshaaAllah.
Pada hari yang sama, kes arwah berakhir dan akhirnya dibaca oleh Tn. Hakim bahawa pemandu yang melanggar arwah anakku, Arwah Aina dan Arwah Hazwani didapati bersalah. Hukuman telah dijatuhkan kepada pemandu. Walaupun tak setimpal dengan apa yang dia lakukan, dia tetap didapati bersalah dimahkamah dunia.. kau meragut nyawa anak-anak yang masih muda yang banyak potensi jika mereka masih hidup. ..................
Allahhuakbar, Allahuakbar. Aku kena Redha, aku tahu itu kententuanNya.. tetapi sesuatu yang baik atau buruk terjadi pasti ada penyebabnya.
Sepanjang perbicaraannya, semua peristiwa dua tahun lepas terungkap... sesekali aku sebak mendengar soal menyoal pihak-pihak tertentu kerana aku dapat rasakan betapa sakit nya ketiga-tiga mereka menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir.
Penjelasan dari pemandu yang ada kalanya tidak masuk dek akal mungkin diambil kira dalam kes ini.... adakah kau menipu untuk melepasi diri kau di dunia ini..ataupun adakan kau rasa kau benar bila memberi penjelasan.. Adakah apabila memandu 50-60km sejam semasa menghampiri lampu isyarat senang-senang akan meragut nyawa manusia! amat tidak masuk akal. Impak motosikal yang dinaiki 3 orang tidak selaju jika dinaiki oleh 2 orang atau seorang. Jadi kesan langgaran jika 50-60km sejam tidak akan kuat... Sayang sekali, pihak kami tidak mempunyai saksi.. malah jika ada saksi di pihak mereka, tidak ada siapa pun yang akan tampil.
Mmm... kenapa tiba-tiba aku berkata kepada anak-anakku, kalau nak jadi peguam lupakan saja. tapi dah 'orang kita' akan kata kerja peguam 'Itu lah sumber depa cari rezeki'
Banyak lagi nak aku huraikan.. aku menanti penulis novel Love Yasmin, Syimir Yunusi untuk ku ceritakan dengan lebih detail. Aku hendak penulis jumpa sendiri Ayah kepada arwah Aina dan arwah Hazwani.
Kepada pihak media Sinar dan Metro di Pejabat Alor Setar, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana selepas tersiar di akhbar, kes dapat dipercepatkan. Sebelum itu, bila kami buat susulan di pihak berkenaan, alasan kes tak dapat dijalankan kerana tiada saksi, Naluri ibu ku menangis. Dalam hati aku berkata 'Kami bukan VIP dan bukan pun jadi kat anak awak'. Tetap alhamdulillah akhirnya Ayah arwah buat susulan demi susulan dan berjaya membawa pemandu kemuka pengadilan.
Tenanglah kau disana anakku Yasmin.. adakah Aina dan Hazwani juga bersamamu. Bahagia lah ketiga-tiga mu dialam Barzakh. Kita akan bertemu, InshaaAllah... Papa rindu sangat kat Yasmin..ada ketikanya papa kurang sihat bila terus ingat Yasmin. Mama hanya boleh tenangkan papa dengan berkata Ayat-ayat suci adalah menyejuk rohmu disana. Moga rohmu terus dicucuri rahmatNya..
Ke Pusara sebaik saja habis bicara. Alfatihah |
Johan bersama Ayah arwah Hazwani |
Pemandu yang melanggar anak-anak kami |
~ maaf jika kata2 menyinggung perasaan sesiapa. Terima kasih buat semua yang mengikuti kes kami,bertanya khabar dan yang terus dan tak putus-putus mendoakan arwah. Kami berdoa agar Allah SWT membalas semua kebaikan anda.
Kita ketemu lagi.. InshaAllah.
25 pengkritik:
Al-Fatihah ...
Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
Al-fatihah buat arwah dan rakan-rakannya..moga si pesalah tu akan mendapat hukuman yg lebih setimpal d akhirat kelak..amin
Alhamdulillah , selesai jugak kes stelah bertahun menunggu .. Al-fatihah buat arwah Yasmin , arwah aina dan arwah hazwani .. semoga kalian tenang disana .. aminnnn ..
alhamdulillah.. semoge arwah yasmin & rakan2 dtmpatkn dikalangan org yg briman. n tahniah gak kt aunty sbb xputus2 ase utk tegakkn keadilan..
alhamdulillah.. semoge arwah yasmin & rakan2 dtmpatkn dikalangan org yg briman. n tahniah gak kt aunty sbb xputus2 ase utk tegakkn keadilan..
Alhamdulillah kes ini selesai di dunia.
semoga arwah tenang di sana.. sabarlah kak.. di mahkamah dunia mungkin boleh lagi mempertahankan diri.. namun di sana nanti semua anggota tubuh akan menjadi saksi..
terima kasih kerana menulis di sini kak..
alhamdulillah. be strong how life hits you. we may not know each other, tp sy sebak bila baca setiap nukilan aunty.
"Mom, why do the best person die early?"
"When you are in a garden, which flowers do you pick?"
"The most beautiful one".
Al-Fatihah.
"Mom, why do the best person die early?"
"When you are in a garden, which flowers do you pick?"
"The most beautiful one".
Al-Fatihah.
alhamdulillah. al fatihah
Al-fatihah. Semoga arwah kak yasmin dan rakan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
assalammualaikum .. harini genap arwah yasmin 20 tahun ,. hurmm rindu arwah .. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang beriman .. sebak bila bace kisah arwah ..
Al - Fatihah
salam . aunty . today is arwah yasmin birthday right ? Al-Fatihah untuk arwah n semoge di tempat kan di kalangan mereka yg beriman . Amin ~
Al fatihah 22/2
Birthday arwah 22/2. Tkasih yg masih tak putus2 berdoa pada roh arwah.
sorry silap kire tarikh aunty . btw doa sy akan sentiase ade untuk arwah yasmin . the amazing girl at my eyes . tak lupe jugak doa untok aunty sekeluarga .
kenape sy tak kenal arwah tapi boleh jatuh hati dgn dia ? Al-Fatihah sentiasa buat mu YASMIN BINTI JOHAN
sayu hati membaca kisah adik yasmin. semoga arwah yasmin aina hazwani tenang disana. sebak rasenya. hope kedua ibu bapa arwah tabah menghadapi dugaan ini.. Al-Fatihah.
Arwah adik yasmin ibarat balik ke kg dahulu dan kite akn menyusul bile2 mase. Tersentuh hati wlaupun sy lelaki. Sedih sgt2 crite die. Semoga crite adik jd pedoman utk smue. Abg doakan arwah adik yasmin bahagia disana dan ditempatkan bersama org2 beriman. Al-fatihah. Bt keluarga arwah semoga tabah menghadapi dugaan ini.
semua dah termaktub. syukur. kes dah settle. moga arwah dan rakan tenang di sana lepas.baru buka blog arwah lepas sekian lama tak jenguk. al-fatihah
kisah yasmin buat aku sebak .. sblom 2 jam dia meninggal aku smpat walk blog dia .. Ketentuan Allah
Salam aunti bole sy tanye ?? Bole x sy nk beli novel tu ?? Ada lg x ??
Semoga arwah tenang .. Al-Fatihah
Allahyarhamah Yasmin's birthday sama dengan birthday Allahyarham anak saya juga, Iyaad
22/2/11 -22/5/11. Al-Fatihah, semoga mereka bersama sama gembira menjadi bidadari-bidadara Jannah
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan2 orang yang beriman..semoga arwah tenang & gembira disana..Al-Fatihah..
Post a Comment