Thursday, July 19, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Pencapaian arwah dan hasil kerja
| Add caption |
| Mental arithmetic nya sudah hampir ketahap layak menjadi pengajar (lagi 2 step shaja) semasa berusia 12 tahun |
| Hasil kerja sebab minat kucing |
![]() |
| Masa arwah umur 10 tahun - tulisan agak kurang jelas, **sila baca di bawah sekali** |
![]() |
| Gambar terbaru sebelum meninggal |
![]() | |||||
| Piano test Grade 4 - Test terakhir 5 hari sebelum meninggal.. She scored 83% (Pass with Merit) walaupun dalam keadaan deman dan susah nak berjalan. |
![]() | ||||
| PELAJAR TERBAIK TADIKA |
![]() |
| Johan penulisan khat masa Form 3 dan Tempat kedua masa form 2 di Sekolah Menengah Kelibang |
Ayat kursi yg ditulis khat menggunakan pensil biasa, masih terlekat di pintu masuk biliknya
SALAM SEMUA,
Ini hanya sebahagian pencapaian yg dapat aunty publish.. arwah kebanggaan aunty........ Sebagai ibu yg memberi perhatian penuh kepada anak gadis, I would proudly say that 'SHE WAS AMAZING and SHE WAS 'ALL ROUNDER PERSON''. Arwah membahagikan dirinya dgn dunia dan akhirat. Saat2 terakhir dalam hidupnya, arwah gemar membaca.... kisahnya bermula apabila aunty dapati walaupun arwah amat kreatif dalam penulisan, namun pencapaian Bahasa Malaysia nya agak menurun, So, aunty decided untuk beli buku cerita bertajuk 'Igauan Semalam' (buku ni pun aunty tak pilih, cuma ambik secara random). Penulis bukunya pun dari P.Pinang yg menggunakan nama pena Hani El Zahra. Arwah beritahu aunty yg dia membaca dalam masa yg singkat kerana ceritanya begitu menarik. Mengenai gadis kacukan yg terperangkap dgn dirinya sendiri.... Aunty sendiri baru bermula untuk membaca...
Disini aunty nak bercerita sedikit tentang arwah, ramai yg bertanya kenapa arwah guna nama Hunwick. Hunwick adalah Surname dari keturunan papanya. Johan Peter Hunwick tetapi uncle Johan ditukarkan nama Islam kepada Johan Eusoffe Abdullah.
Ramai yg tak tahu selain makanan kegemarannya Sushi, spaghetti dan Nasi Kandar Penang, arwah begitu mengemari budu. (mungkin arwah mak aunty berasal dari kelantan dan aunty sendiri mmg suka budu) Arwah akan jadi excited bila maid atau aunty sendiri akan sediakan nasi dgn budu dan makan bersama ulam dan telur. Menambak-nambah makan dan rancak berebut-rebut dgn Zharif, adik arwah (pun suka budu) tapi situasi macam ni cuma bila ada budu saja.... Setahu aunty, arwah tak suka makan Durian dan seafood, katanya seafood akan membuatkan resdung nya menjadi teruk...:(
Favourite channel : Discovery channel, Astro Warna terutamanya Spontan, Super Spontan dan rancangan
yang membabitkan Johan, Zizan dan Nabil
Cartoon favourite : Spongebob,
Mulan,
Karekter dirumah : Agak pendiam... rutin nya berada dibilik dibahagian atas, waktu makan
akan turun dan selepas makan akan bermain piano untuk hilangkan stress belajar
katanya dan terus naik balik keatas.
Jika ada favourite channel nya, baru arwah akan tengok tivi sekejap. Arwah tidak
pernah keluar dari rumah selain dari tusyen dan keluar shopping/tengok wayang hanya
bersama keluarga.
Beliau amat meminati seniman Agung Tan Sri P.Ramlee sehinggakan pada tanggal 29 Mei 2012, sebelum kami berangkat bercuti di Penang, kami berdua menonton discovery channel mengenai Tan Sri P Ramlee dimana tarikh itu ialah tarikh kematian seniman agung itu. Walaupun sudah berulang kali menonton, arwah masih tak jemu2 menonton. (Arwah sendiri ada menulis dalam blog ini mengenai kehidupan Tan Sri P.Ramlee)
(dari kad diatas)
** Kepada mama yg ku sayangi,
Terima Kasih atas segala-galanya yang mama curahkan kasih sayang terhadap along. Maafkan along jika along pernah meninggikan suara dgn mama. Hakikatnya, ALong sayang mama!!:)
Ikhlas daripada,
(t.tangan)
Yasmin
............
............
...........
.... maaf suddenly aunty kehilangan idea.... terlalu sebak..... insyaallah aunty akan sambung lagi.....
pumpangpumpang by YasminJHunwick 42 pengkritik
Wednesday, July 4, 2012
Persemadian akhir Allahyarhamah Yasmin Johan Hunwick
ALFATIHAH TO OUR BELOVED DAUGHTER, MAY ALLAH GRANT YOU 'JANNAH'
YASMIN J HUNWICK (22 FEB 1995, 8.29 AM - 03 JUNE 2012, 11.50 PM)

pumpangpumpang by YasminJHunwick 51 pengkritik
Sunday, July 1, 2012
Papa , can I ...?
*papa baca newspaper NST dengan telitinya
aku buat mata bersinar sinar depan muka papa macam pic aku kat tepi tu
ehemm ehemm
Aku : Papaa , nak DSLR boleh dak ? kan kamera kita yang satu lagi nak rosak dah ? heee [ muka suci ]
Papa : Hmm [ angguk angguk ]
Aku : APAAAA ? PAPA NAK BELI KAAA ??? [ Jantung aku pam laju laju , senyum sampai ke dahi *ayat hiperbola]
Papa : Kejap kejap [ sambil selak selak helaian newspapaer ]
Aku : hah ? [ muka berkerut sebelah , tapi hati masih excited gila ]
Papa : Ha , nak beli model yang mana ? [ sambil tunjuk tunjuk DSLR canon n nikon ]
Aku : HAAA , NAK NIKONNN ! [ time ni memang komfom dah , mmg papa nk beli ]
Papa : hmm , nikon la bagus kan. .?
Aku : Ngeeee , sayang papa [ gedikk gedikk ]
Papa : APA SAYANG SAYANG ? PMR 8A DULU , PASTU COMPLETE WHOLE PACKAGE ! KATA NAK PI JEPUN KAA , NAK DSLR KAA , LAPTOP SENDIRI KAA.. PI BELAJAQQ !!
Aku : T.T .
ALFATIHAH UNTUKARWAH ANAKKU :
pumpangpumpang by YasminJHunwick 14 pengkritik












