Add caption |
Mental arithmetic nya sudah hampir ketahap layak menjadi pengajar (lagi 2 step shaja) semasa berusia 12 tahun |
Hasil kerja sebab minat kucing |
Masa arwah umur 10 tahun - tulisan agak kurang jelas, **sila baca di bawah sekali** |
Gambar terbaru sebelum meninggal |
Piano test Grade 4 - Test terakhir 5 hari sebelum meninggal.. She scored 83% (Pass with Merit) walaupun dalam keadaan deman dan susah nak berjalan. |
PELAJAR TERBAIK TADIKA |
Johan penulisan khat masa Form 3 dan Tempat kedua masa form 2 di Sekolah Menengah Kelibang |
Ayat kursi yg ditulis khat menggunakan pensil biasa, masih terlekat di pintu masuk biliknya
SALAM SEMUA,
Ini hanya sebahagian pencapaian yg dapat aunty publish.. arwah kebanggaan aunty........ Sebagai ibu yg memberi perhatian penuh kepada anak gadis, I would proudly say that 'SHE WAS AMAZING and SHE WAS 'ALL ROUNDER PERSON''. Arwah membahagikan dirinya dgn dunia dan akhirat. Saat2 terakhir dalam hidupnya, arwah gemar membaca.... kisahnya bermula apabila aunty dapati walaupun arwah amat kreatif dalam penulisan, namun pencapaian Bahasa Malaysia nya agak menurun, So, aunty decided untuk beli buku cerita bertajuk 'Igauan Semalam' (buku ni pun aunty tak pilih, cuma ambik secara random). Penulis bukunya pun dari P.Pinang yg menggunakan nama pena Hani El Zahra. Arwah beritahu aunty yg dia membaca dalam masa yg singkat kerana ceritanya begitu menarik. Mengenai gadis kacukan yg terperangkap dgn dirinya sendiri.... Aunty sendiri baru bermula untuk membaca...
Disini aunty nak bercerita sedikit tentang arwah, ramai yg bertanya kenapa arwah guna nama Hunwick. Hunwick adalah Surname dari keturunan papanya. Johan Peter Hunwick tetapi uncle Johan ditukarkan nama Islam kepada Johan Eusoffe Abdullah.
Ramai yg tak tahu selain makanan kegemarannya Sushi, spaghetti dan Nasi Kandar Penang, arwah begitu mengemari budu. (mungkin arwah mak aunty berasal dari kelantan dan aunty sendiri mmg suka budu) Arwah akan jadi excited bila maid atau aunty sendiri akan sediakan nasi dgn budu dan makan bersama ulam dan telur. Menambak-nambah makan dan rancak berebut-rebut dgn Zharif, adik arwah (pun suka budu) tapi situasi macam ni cuma bila ada budu saja.... Setahu aunty, arwah tak suka makan Durian dan seafood, katanya seafood akan membuatkan resdung nya menjadi teruk...:(
Favourite channel : Discovery channel, Astro Warna terutamanya Spontan, Super Spontan dan rancangan
yang membabitkan Johan, Zizan dan Nabil
Cartoon favourite : Spongebob,
Mulan,
Karekter dirumah : Agak pendiam... rutin nya berada dibilik dibahagian atas, waktu makan
akan turun dan selepas makan akan bermain piano untuk hilangkan stress belajar
katanya dan terus naik balik keatas.
Jika ada favourite channel nya, baru arwah akan tengok tivi sekejap. Arwah tidak
pernah keluar dari rumah selain dari tusyen dan keluar shopping/tengok wayang hanya
bersama keluarga.
('Allahhu Akbar' tuhan maha mengetahui segalanya, Kalau mengikut kata hati aunty sendiri , itu la yg aunty ralat sebab arwah keluar rumah pada malam beliau meninggal, terus keluar tak pulang-pulang, kejadian itu yg pertama dan yg terakhir :'(((( .................)
Beliau amat meminati seniman Agung Tan Sri P.Ramlee sehinggakan pada tanggal 29 Mei 2012, sebelum kami berangkat bercuti di Penang, kami berdua menonton discovery channel mengenai Tan Sri P Ramlee dimana tarikh itu ialah tarikh kematian seniman agung itu. Walaupun sudah berulang kali menonton, arwah masih tak jemu2 menonton. (Arwah sendiri ada menulis dalam blog ini mengenai kehidupan Tan Sri P.Ramlee)
(dari kad diatas)
** Kepada mama yg ku sayangi,
Terima Kasih atas segala-galanya yang mama curahkan kasih sayang terhadap along. Maafkan along jika along pernah meninggikan suara dgn mama. Hakikatnya, ALong sayang mama!!:)
Ikhlas daripada,
(t.tangan)
Yasmin
............
............
...........
.... maaf suddenly aunty kehilangan idea.... terlalu sebak..... insyaallah aunty akan sambung lagi.....
*****************
42 pengkritik:
arwah seorang yg IQ tinggi,,brprwatakan baik,akhlak baik,sayu bc entry nie..walaupun x knal,tp d ingati ,,insyaAllah,smoga arwah trgolong d kalangan penghuni jannah..Allahumma aamiin..sabar aunty
sabar ye aunty..kuatkan semangat aunty..
sabar banyak2 ye aunty. yasmin seorang anak yg baik. Al-fatihah.
salam,
sabar dan doa dats the best thing u can do as a mum. moga allah tempatkan ruhnya dikalangan insan yang solihin dan beriman
nicole
Namun,setiap ujian daripada Allah kepada setiap dari hambaNYA adalah berbeza. Aku diuji dengan cara begini,kamu diuji dengan cara begitu dan dia diuji dengan cara demikian. Berbeza semuanya. Jadi tidak ada ruang untuk kita mengatakan yang hanya kita sahaja diuji serta mempunyai masalah dan orang lain tidak. Kerana pada hakikatnya,setiap hambaNYA pasti akan diuji. Cuma bagaimana cara kita untuk menangani dan menghadapi setiap ujian itu. Andai langkah yang diambil adalah betul,maka mudahlah untuk kita selesaikan setiap ujian dan masalah yang bertandang tanpa dijemput itu. Namun,ujian dalam arena dakwah datang silih berganti. Bagai tidak ada hentinya untuk menguji ketetapan hati seorang dai'e. Diuji dari segenap sudut. Masalah persahabatan,gerak kerja,keluarga dan tidak terkecuali fokus utama sebagai pelajar,masalah pembelajaran akademik. Suka untuk saya coretkan disini petikan kata-kata yang dibaca dari sebuah laman sesawang.
Ujian itu satu tarbiyah daripada Allah,
Semakin dekat diri kepadanya,
Semakin kuat taufan yang melanda,
Biar rebah, Jangan berubah,
Biar terbuang ,Teruslah berjuang.
Senyum mujahid Memburu syahid
nicole
Arwah penyanyang orangnya ..... saya rindu yasmin aunty
Ya Allah hebat betul arwah Kak Yasmin. Hmm rindu nyaa kat arwah. Aunty banyak kan bersabar ye. Insyaallah arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Semoga arwah sentiasa tenang disana. Ameen :)
semoga aunty sekeluarga tabah dan semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman..amin..
TKasih kepada semua yg prihatin dan tak putus-putus mendoakan arwah. Di kesempatan ini, Aunty dan Uncle ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut bula Ramadhan AlMubarak' kepada semua saudara Islam. Jalani lah tanggungjawab kita sebagai khalifah didunia ini. InsyaAllah apa yg kita lakukan akan mendapat berkat dan digandakan pahalanya. - Aunty Sazlina dan Uncle Johan
Allah lebih sayang kan dia sebab dia yang terbaik dikalangan kita. Lumrah agaknya mereka yang terbaik sering terlebih dahulu di panggil menghadap pencipta kita.
Alfatihah untuk arwah.
Selamat menyambut ramadhan al mubarak to Akak, En.Johan dan family.
As salam aunty sazlina & family.
takziah saye ucapkan. semoga terus tabah menghadapi dugaan ini. saye penah rasa kehilangan, perit rasanya, cuma kehilangan aunty sekeluarga lebih mengejut. Allah lebih menyayangi beliau.
takziah again.
YAALLAH..sebak baca post nih..sebagai ibu yg mngandungkn slama 9 bln dn melahirkn ank istimewa ini tnpa cacat cela...ALLAH pinjamkn anak ini pula selama 17 tahun..bertuah sungguh aruah..tak putus2 kita semua sedekahkn AL-Fatihah utk aruah...moga tenanglah roah adik yasmin disana....:((
Allah lebih mengetahui segalanya..banyak2 bersabar ye untie walaupun dhia xkenal arwah tp dhia mengikuti gak blog dia..sbb blog arwah la dhia nekad untuk cipta blog gak..semoga arwah ditempatkan dikalangan org jannah..selamat menyambut bulan ramadhan buat keluarga arwah Yasmin
Kadang - kadang kite rindu arwah Kak Yasmin wlaupun kite x kenal arwah..
=(
sebaknya eka baca..
semoga auntie dan uncle sentiasa bersabar dalam ujiaan ini.
insyaAllah Yasmin akan tunggu mak dan ayahnya di Sana nanti....
:(
Takde penghargaan paling berharga selain penghargaan dari mulut IBU sendiri. Bangga jadi anak bila ibu tak berhenti puji. Bangga jadi anak bila setiap masa terlekat dalam setiap doa ibu :')
Walaupun sy tak kenal kak yasmin, tp saya rasa tenang bila tengok muka dia. Semoga kak Yasmin tenang di sana. Kalau boleh saya nak jumpa dia dlm mimpi^^ Kak Yasmin nampak baik orgnya, untunglah sape yg sefamily dgn arwah.
Saya sendiri sangat sedih membaca kisah dari blog Allahyarhamah ini, sedangkan mengenalinya langsung tidak pernah. Betapa Allah Maha Besar, sabarlah menghadapi ujianNYa yang besar. Sesungguhnya kita hanya sementara, cuma kita yang masih ada didunia ini dengan kenangan bersama adalah penawar dan juga racun untuk kita meneruskan kehidupan ini. Semoga dipertemukan di alam kekal abadi buat semua yang kita sayangi...amin
assalamualaiku..
innalillah.. al-fatihah buat arwah dan takziah buat seisi keluarga.
smoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin..
saya baru sahaja membaca berita mengenai kejadian yang menimpa arwah.. semoga keluarga arwah yasmin bersabar dan redha dengan ketentuan Allah swt.
walaupun saya tidak mengenali arwah tapi saya tahu yang arwah seorang yang anak yang baik..
even aunty pun xdapat melupakan kenangan tentang arwah, saya sendiri yang membaca nya turut menitiskan air mata. be strong aunty..
sekali lagi takziah buat keluarga aunty.. :')
assalamualaiku..
innalillah.. al-fatihah buat arwah dan takziah buat seisi keluarga.
smoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin..
saya baru sahaja membaca berita mengenai kejadian yang menimpa arwah.. semoga keluarga arwah yasmin bersabar dan redha dengan ketentuan Allah swt.
walaupun saya tidak mengenali arwah tapi saya tahu yang arwah seorang yang anak yang baik..
even aunty pun xdapat melupakan kenangan tentang arwah, saya sendiri yang membaca nya turut menitiskan air mata. be strong aunty..
sekali lagi takziah buat keluarga aunty.. :')
Takziah buat sekeluarga. Diri sendiri dah super sebak ni. "ALLAH SWT TIDAK AKAN MENGUJI UMATNYA LEBIH DARI KEMAMPUAN MEREKA". :')
kepada keluarga arwah...saya mengucapkan takziah kepada aunty and uncle.Saya pernah melalui saat begini..saya telah kehilangan seorang kakak pada tahun 2010 , mukanya sama seperti arwah yasmin niy..apabila saya lihat arwah membuat pergereakan whee saya telah merasakan seolah2 arwah masih hidup..saya amat bersimpati atas kematiaan arwah...:(
AinaDoraemon said ..
kepade keluarga arwah , saya ingin mengucap kan takziah . Saye mungkin tidak mengenali arwah , tetapi apabila saye membaca akhbar dan dalam beberapa blog tetang arwah ,saya ingin mengenali arwah , tapi syg tuhan lebih menyayangi arwah ,apabila saya bace ape yg aunty tulis di blog ini saye rase sebak , takziah saye kepade keluarga arwah yasmin sekali lagy semoga roh nye dicucuri rahmat . Al-fatihah . :')
Salam. . . Sabar ye kak. . .Tetiba2 trbaca org update kt fb psl arwah.klu x, sya xtau pun.sayu rasa hti bl ank yg kita syg tlh tiada. . . Dugaan yg sgt hebat. . .Hnya kcekalan n tabah sabar dpt harunginya. . Sya bru perasan tarikh dia mninggal sma tarikh ngan ulangtahn prkahwinan sya. . N pd pghujung bln 6 sya brcuti d langkawi. . .klu tahu, ingin skali rasanya mnziarahi keluarga akak n pusara nya. . . Al fatihah, . .
Salam. . . Sabar ye kak. . .Tetiba2 trbaca org update kt fb psl arwah.klu x, sya xtau pun.sayu rasa hti bl ank yg kita syg tlh tiada. . . Dugaan yg sgt hebat. . .Hnya kcekalan n tabah sabar dpt harunginya. . Sya bru perasan tarikh dia mninggal sma tarikh ngan ulangtahn prkahwinan sya. . N pd pghujung bln 6 sya brcuti d langkawi. . .klu tahu, ingin skali rasanya mnziarahi keluarga akak n pusara nya. . . Al fatihah, . .
SUNGGUH SEDIH BCE BLOG NIE.... emmm.... takziah pda keluarga yasmin... :(
sedih bce blog nie... emmm... takziah buad keluarga....:(
assalamualaikum...aunty syaz...buku yang aunty publishkn n knape arwah gne name hunwick tu same dengan ape yang saye mimpi beberape bulan sebelom nie...xtaw mcam mne bolyh jd mimpi tu kat saya...klau aunty nk bce cter pnoh dkat blog saye nie -->http://syafiq-syazwan.blogspot.com/2012/11/mimpi-ke-ape-aku-nie.html
Salam Syafiq syazwan dan peng'komen' diatas. TQkasih ucapkan. Arwah terus menjadi ingatan dihati dan sanubari kita.
Mungkin Allah lebih sayang kan kak yasmin :)
assalamualaikum.. terlebih dahulu say ingin meminta maaf andai saya mengguris hati sesiapa disini...
saya mgkin xknal dengan arwah, ttapi selepas baca ape yang tertulis di blog ni, saya blh andaikan arwah seorang yang blh menambat hati sesiapa sahaja yang knal dengan beliau. apatah lagi dengan kedua ibu bapa beliau. seseorang yang blh memberi kesan terhadap hidup orang yang dikenali walaupon sebentar.. saya harap semua yang knal atau pon tidak, boleh mendoakan kesejahteraan beliau di alam sana... sama2 kita sedekah kan Al-fatihah..
Al-Fatihah......
Salam Sazlina & Johan.
We were together during Umrah baru nie..kalu you all ingat i, my girl and brother Kamal fr Penang.
Sedih baca blog nie and Yasmin is a wonderful gift from Allah to both of you. Walaupun sementara, ini adalah ujian Allah yg paling hebat buat anda berdua. Saya doakan supaya anda sentiasa kuat dan terus berdoa buat Yasmin di sana..Al-Fatihah.
Salam, tq atas komen semua. Anonymous, saya ingat Kak, Kamal dan Shaz. Kamal ada add saya difb. Seronok kalau fikir2 kita pergi baru2 ni. Rasanya nak kesana lagi.
dear auntie ,
harap auntie byk bersabar . saya tak kenal siapa yasmin bila tegok video , tegok profile dia dan baca kisah dia baru saya kenal siapa dia . auntie tabahkan hati . ALLAH sayang kan dia , al-fatihah untuknye . saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dn juga ditempatkan dikalangan orang yang beriman ...
annis
mungkin kalau dia ada lagi .. dia ..... saya pun x tahu kata mcm mana ... semoga allah tempatkan di tempat2 orang yang beriman
To have loved and lost is better than not to have loved at all..
AlFatihah utk roh nya..
as salam... aunty saya ucakpkan takziah atas pemergian anakanda aunty ... saya pun bersedih awalau pun sudah setahun pemergian arwah.. moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... al-fatihah.. harap aunty bersabar...
assalamualaikum. pertama sekali takziah kepada aunty sekeluarga. saya tumpang bersimpati. aunty banyakkan bersabar, teruskan berdoa untuk arwah. in shaa allah, saya yakin yang arwah baik2 di sana. andainya aunty tidak keberatan, ada baik nya jikalau aunty meneruskan blog arwah. mungkin ini impian arwah. semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempat kan dalam kalangan orang beriman. amin.
salam auntie...
saya baru je kenal arwah dan blognya. saya gali dan baca entri entri yang pada saya sangat bermakna untuk auntie dan kita semua pembaca blog.
lepas went through beberapa entry, all i can say that she was a blessing to you and your family. and to us as well.
she's your jewel and i can feel that auntie redha dengannya sepanjang kehidupan dan walau selepas dia pergi. saya percaya redha auntie dan uncle itu akan menempatkan arwah di tempat yang baik di sana. semoga syurgalah tempat bertemu semula. amin...
salam auntie...
saya baru je kenal arwah dan blognya. saya gali dan baca entri entri yang pada saya sangat bermakna untuk auntie dan kita semua pembaca blog.
lepas went through beberapa entry, all i can say that she was a blessing to you and your family. and to us as well.
she's your jewel and i can feel that auntie redha dengannya sepanjang kehidupan dan walau selepas dia pergi. saya percaya redha auntie dan uncle itu akan menempatkan arwah di tempat yang baik di sana. semoga syurgalah tempat bertemu semula. amin...
Salam Kak.beruntung d anugerahkn ank sebaik yasmin...baik rupa paras n akhlak.baik @ buruknya ank2 adalahpinjmn smntara Allah kpd kita. Arwah d jemput Allah...tmptnya dah tentu d sana...dia seorng ibu agr anknya d tmptkn d JANNAH.namun Ada yg d uji dgn ank2 lari ntah ke mana.......hanya Allah maha mngetahui stiap kjadian
Post a Comment