Sunday, April 14, 2013

JORDAN/MADINAH/MEKAH (PART 1)



Assalamualaikum, post ini dah lama berada didraf, maaf kerana setiap kali aunty buka blog arwah, hati aunty menjadi sebak..kali ini aunty gagahkan juga..

InsyaAllah, aunty harus meneruskan cerita ini sebab sudah lama niat untuk berkongsi pengalaman semasa berada di bumi para-para anbia pada 23 Jan- 06 February lalu.

-----------



UMRAH DAN ZIARAH KAMI
  

Dimasa aunty menulis disini, aunty sudah 2 bulan pulang ke tanah air.   Seindah negeri orang, indah lagi bumi Malaysia kecuali bila aunty berada di Madinah dan Mekah.  Dua-dua tempat ini membuatkan hati aunty tenang, terasa dosa-dosa dibasuh sikit demi sikit setiap kali berdoa terutama sekali berada di taman syurga Raudah dan di depan pintu Kaabah... tapi ini hakikatnya, sekarang baru aunty faham, kenapa setiap kali orang berkunjung ke Tanah Suci, perkataan ini selalu keluar dari mulut mereka ’Rasa nak pergi lagi’ .  Bagi aunty bukan rasa lagi,memang aunty nak pergi lagi.   Kalau nak tunggu giliran untuk menunaikan Haji, lambat lagi queue iaitu bila umur dah 60 tahun (sampai ke umur aku ni... fikir2), maybe in between masa nak kerjakan Haji, aunty menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi, InsyaAllah.

Disaat aunty hendak ke sana, ada juga kata-kata yang kurang enak menyatakan ’anak dah tak ada, baru nak pergi, kesian sama arwah..’  Aunty menganggap kata-kata ini bagaikan semangat untuk terus beribadat dan menyucikan jiwa.  Moga kami suami isteri, anak-anak mendapat berkat dan diterima oleh Allah swt menjadi tetamuNya.

Tarikh 22hb Januari, 2013 kami memulakan perjalanan melalui pesawat ke Kuala Lumpur untuk  bermalam dirumah Ayah di Semenyih,   

 23hb Januari 2013 - Jam 6 petang selepas solat Asar dan selepas mengadakan kenduri kesyukuran di Semenyih, kami menuju ke KLIA kerana tepat jam 7 petang, kami harus berkumpul bersama jemaah-jemaah yang sama-sama menunggu disana.   Pesawat Royal Jordan sedia berlepas pada 10.20 malam

Bangkok – tiba pada jam 11.20 malam waktu Bangkok, transit satu jam di sana sebelum berlepas ke Amman

Lapangan Terbang Amman – tiba pada jam 6 pagi waktu Jordan.  Memulakan perjalanan ke hotel.

Setiba kami ke Ocean Hotel jam 7 pagi, kami dihidangkan sarapan pagi selama 1 jam sebelum memulakan lawatan ke Gua Ashabul-Kahfi,  Laut Mati, Makam Nabi Shuaib A.S dan para-para sahabat Nabi swt di sekitar bandar Amman.

Gua Ashabul Kahfi - Perasaan gembira dan teruja bila kami sampai ke Gua.   Teringat masa disekolah rendah, aunty dengar dari ustazah cerita mengenai sejarah Gua Ashabul Kahfi ini.    Gua yang terletak di Ar-Raqim, iatu 7 km dari Bandar Jordan.   Dibawah ini aunty ceritakan serba ringkas mengenai sejarah gua ini.
'Sedikit kisah Ashabul Kahfi. Kahfi bermaksud gua dan Ashabul pula bermaksud Ahli. Kisah. Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar yang disebut di dalam Al-Quran. Ia mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.    Keluar kota dan kembali semula ke gua tersebut dan meninggal di situ.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing'.  Didapati tulang-tulang manusia bersama tulang anjing berada digua ini.    -  

(TEKS DI ATAS DIPETIK DARI WIKIPEDIA/GUA ASHABUL KAHFI)


Kawasan sekeliling di Gua Ashabul Kahfi


Dalam Gua




























Batu tanda atau 'Landmark'yang terdapat di depan gua.

Laut Mati - Punya excited sebab selalu dengar cerita air laut mati ini.  Air dan lumpurnya  boleh menjadi ubat gatal-gatal di badan, dan bahan Mineral (Mud) nya adalah yang ’original’ dikatakan ’mask’ muka dan badan yang terbaik yang diakui oleh ramai pakar kosmetik.   Rasa bersyukur kerana berada dibawah paras laut (-414) iaitu paras yang terendah didunia. Memang bila hendak ke laut tu, kita kena turun beberapa anak tangga, luas terbentang laut penuh dengan garam batu di sisir pantai sambil kami dihidangkan dengan makan tengahari di Restoran .. makanan Jordan, untuk first day ni masih boleh terima makanan luar.   Tapi yg excited nak makan ialah ayah dan papa sebab depa ni kaki makan sayur...  Makanan Jordan banyak berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Laut yang terbentang, kemasinan yang melampau sehingga tidak hidupan disini, tanah diseberang laut adalah Negara Israel.





Ayesha bersama orang yang lumurkan lumpur di badan

Pandangan dari atas
Pintu masuk di Laut Mati



Makam Nabi Syuaib -  Lepas menikmati keindahan Laut Mati,kami memulakan perjalanan ke tempat yang dinamakan Makam Shuaib AS.

Perjalanan kesana memakan masa satu setengah jam kerana laluan lereng bukit yang agak curam.  (Kalau ada sesiapa yg tengok cerita Discovery Channel rasanya, tajuk Deadliest Road) ada lah lebih kurang macam tu cuma ditepi tebing nya ada penghalang batu dan simen.   Ada satu ketika, Bas kami terpaksa bergerak perlahan untuk melepasi selekoh sebab tak mencukupi ruang jalan... bayangkan lah dan aunty duduk dibahagian depan penumpang dalam bas..  ketaq kaki lutut.

Kami selamat sampai dan aunty bangga kerana telah berada di Makam Nabi Syuaib iaitu Nabi ke 13 dalam senarai Nabi-nabi.   Ianya terletak di 2 km ke Pekan Mahais, Jordan.    Cerita lanjut boleh layari
 
SubhanaAllah, dapat juga kami melihat Makam salah satu Nabi yang terpilih

Bersama Ayesha di depan Makam Syuaib


  ... bersambung..

17 pengkritik:

Athirah said...

alhamdulillah aunty , dapat jugak pengalaman berharga even kak yasmin dah takde :')

Bintun Nahl said...

Semoga aunty dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.. aamiin.. :')

aYongCasPer said...

As'salam Aunty saz....
mmg 1 pengalaman yg harus dikongsi bersama.. moga2 sy pon dpt pergi ke sana gak...tak sabar tggu entry aunty yg seterusnya...

Anonymous said...

rindunya kat aunty sekeluarga, dah lama tunggu aunty update, semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH, in sha ALLAH :)

AzrahAzman said...

post yg sngt interesting! :) ternanti nanti entry yg seterusnya.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Everytime baca yr blog tersentuh rasa dihati. Kuatkan tekad dan semangat, jangan ksiah apa yang orang kata. Setiap musibah yang terjadi ada hikmahnya.Ujian Allah tak pernah berhenti namun yakin sabar dan solat adalah pengubatnya.
Wasalam
Nic

Anonymous said...

Wah bestnya Aunty! Aunty pergi under travel mana ni? Sebab saya pun pernah pergi juga ke Jordan utk ziarah semasa saya menunaikan umrah pada 2010. Jalan cerita dia dengan jalan cerita saya semasa saya pergi dulu sama... Rindunyaa dekat Jordan ni :(

Along said...

Assalammualaikum

Saya bersimpati atas pemergian puteri tersayang Uncle Johan dan Auntie Saz. Saya berasa sebak membaca nukilan arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

LYAfrina said...

al-fatihah buat arwah yasmin.. semoga roh arwah di cucuri rahmat.. amin...

saya ada baca berita ttg kemalangan y menimpa arwah dulu.. tp sy tak sangka ianya adalah kisah kemalangan y melibatkan arwah yasmin..

insyallah, ramai y mendoakannya di sana.. sesungguhnya Allah swt amat myayanginya..

semalaman sy baca blog dari post pertama hingga y terbaru...

IlahFauzi said...

salam aunty, i'm yr silent reader,:)
wlaupun yasmin dh xde tp sy still bce blog dia, sy hrp aunty, terus update ya, :)

Grandna's said...

Hiba rasa hati bila baca kisah2 di blog ini...Rasa hati seorang ibu kan yang amat memahami....Semuga Saz sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah...dan dipermudahkan segala. Al-fatihah kepada arwah semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman serta mendapat keampunan Allah

Anonymous said...

MasyaAllah aunty. Even i tk kenal dia, i miss her so much. I dont know why, semoga roh arwah diberkati. Al-fatihah dan kuatkan semangat aunty serta sekeluarga....

Anonymous said...

Whats up! I simply wish to give an enormous thumbs up for the good info you’ve got here
on this post. I will likely be coming again to your weblog for more soon.


Also visit my site - SEO公司

YasminJHunwick said...

Aunty pergi bersama penerbangan Andalusia.

Sata Saalimun @1974 said...

salam

Dunia ini adalah kenangan........

akhirat adalah masa depan........

al-Fatihah.........

kuburakhirat.com

Anonymous said...

Aunty, datang ziarah jordan lg :)
sy study di sana.. moga aunty dan keluarga sentiasa dalam lindungan rahmatNya.. seeru 'ala barakatillah :)

erazainal said...

Aunty sy staff andalusia sgt2 terharu baca blog arwah ni, sy doakan semoga family aunty tabah, peduli kan kata2 org, al fatihah utk arwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...