Thursday, July 29, 2010

PLAN

plan plan plan
what is your plan for next year ?
hey , are you ready for your PMR battle ?


ohh shatap min .
aku sememangnya broken dalam english
saja nak try ;(
well well ,
ISTILAH PLAN membawa maksud yang agak banyak la
menurut oxford english advanced learner's
page 943


'' arrangement for doing or using sth , considered or worked out in advance : make plans ''


bila aku tengok lagi ,memang banyak lagi meaning
tapi cukuplah sebagai satu translate kang hampa pening
aku yang susah kena complain
ya murid murid sekalian
kita perlu ada plan .
*walamak , taksangka aku dah create pantun ! syabas kepada saya


tak kira la , esok , lusa , tulat , tungging , tonggek , tolok penanda apit G atau apa apa la
mesti kena plan .


AKU ?

6.20 pagi : Bangun pagi yang-agak-lewat sebab plan nak bangun kul 4 pagi , konon nak belajar .. pastu takjadi sbb asyik snooze je. okay , PLAN TAK BERJAYA

6.45 pagi : Ingat nak baca kitab al-quran sbb rasa awal lagi . tiba tiba lak anti dina suruh streka bju sendiri . '' Ekau itu sudah besar gajah , masak sih nyuruh'in anti aja yang buat .hah , buat ! ''
tu la , malam smlam takmo streka . okay , PLAN TAK BERJAYA

9.40pagi : Kat sekolah dah.. '' hmm , cikgu takdak nih.. boleh belajar sejarah memandangkan aku lemah dalam subjek nih , ''
ehh ehh , suriana nak menggila lah ! ahh , jangan lepas ! join join ...
okay , PLAN TAK BERJAYA

11.00 pagi : waktu rehat
'' Aku hingat takyah rehat lah .. nak belajar .. ''
Kriyokkk kriyokkk
''ehh sapa nyanyi lagu rock nih ? ''
kriyokkk kriyokkk kriyokk !!!!!!
'' huh ? ehh ! perut aku ber-rock lah ! SYASYAA ! AKU NAK G KANTIN ! NAK MAKAN ! ''
-itulah , tak breakfast tadi. kalut sangat
okay , PLAN TAK BERJAYA

12.30 tghri :
science..
kita mesti tumpu perhatian 100% bila guru mengajar..tapi...
cikgu Lee : Okay , transformer ini kita perlu bahagi pastu buat square root blablabla
Yasmin : hmm , megan fox takda ka dalam slide ? dok transformer ja
cikgu Lee : dia akan mengawal electric current kita dalam 240 V sahaja blablabla
Yasmin : *memandang muka sir seolah olah tumpu perhatian .walhal fikiran melayang kat rumah inspirasi nak tidoq
okay , PLAN LAGI SEKALI TAK BERJAYA

3.30 petang :
'' aduhh ! mgantuk nya .. taklain takbukan tidur la sekejap.. sat lagi piano class , ''
maka , plan nak tidur sememangnya berjaya
okay , PLAN BERJAYA DENGAN JAYANYA !
kroihh kroihh kroihh .......................

4.25 petang :
'' YA ampun minnnn ! bangun ! udah ! ekau ada tusen pianokk kan ? bangun ! ee ! yang pantas lah ! '' bibik anti dina aku kejut.
terkebil kebil tengok jam , '' Astaga ! start class kul 4.30 ! praktis lagu tu dak lagi ! ($&)@*$ tul ''
dengan muka macam mandi takmandi smpai jua..
okay , PLAN BERJAYA KERANA MEMANG TERPAKSA .

5.00 petang : Piano Class
'' Yasmin , do you practise your sheet ? so bad ! timing , fingering , slip note and more . What happend Yasmin ? Please , I don't want you come here to practise . Go to practise room . after that , i'll come and see the result , ''

*sorry teacher , i was blurr on that time !

pastu lao shi aku masuk bilik practise then dia tengok
bahh ! aku tersilap baca note .
'' Yasmin , this is A note ! and it's FLAT NOTE ! TENGOK YOUR SHEET MUSIC ! this song is so meaningful song , so it's moderately slow . Don't just simply press any note ! ''

waaa , teacherrrrr ! sorryyy ! :(

7.30 malam : ''hmm ! kali ni betul2 ! nak buat math sat.. pasai algebra nih . LEMAH !''
tiba tiba
'' ALONG ! niii ! ada cerita White Chicks kat dalam Astro Warna ! nak tengok kaa dakkk ? ''
suara adik aku .
'' NAKKKKKKKKKKKKKK ! aku minat gilaaaaaaaaa cerita tuh !!! yeee ! syokk ! pi beli popcorn , LEKASS ! ''
okay , PLAN TAK BERJAYA

KONKLUSI

1/9 plan berjaya
okay , aku sememangnya belum ada lagi tanda2 demam PMR yang dinyantakan disini > kelik sini

siot tul

0 pengkritik:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...