Tuesday, July 9, 2013

NOVEL Yasmin J Hunwick

Assalamualaikum wbt ,
Sebelum aunty mulakan coretan kali ini, aunty ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.  Dimana dengan jelasnya kita ketahui bahawa bulan ramadhan banyak memberikan kita pahala dari segala sudut, perbanyakkan sedekah, tadarus Al-Quran selain dari menahan diri dari lapar dan dahaga.    Teringat kata-kata Arwah Ibu aunty,  memang kita tunggu bulan ramadhan setiap tahun, takut tak sempat bertemu ramadhan akan datang.  Buat Ibuku arwah  Hanisah Abdullah, Nina (panggilan mak aunty kepada aunty) takkan lupakan kata-kata mak, Nina pegang semua kebaikan yang mak tinggalkan pada Nina, selain mak lah yang menjaga Yasmin dari lahir sehingga berumur 6 bulan di Beseri, Perlis kerana masa itu tiada pembantu rumah dan mak ralat untuk tinggalkan kepada penjaga lain.    Sehingga akhir hayat Yasmin, Yasmin ingat lagi banyak kebaikan yang mak tinggalkan.   Alfatihah buat kedua-dua insan yang aunty segani, Arwah Ibu Hanisah dan arwah Yasmin Johan

Suka duka kisah anak ku di sini





Papa arwah menatap cover CD dgn pandangan sayu
..... berbalik kepada Novel YJH, aunty mengucapkan ribuan tkasih yang tidak terhingga kepada Penulisnya Syimir Yunusi kerana telah lakukan misi ini dengan jayanya, walaupun beliau seorang pelajar Mekanikal Engineering di salah sebuah institusi tinggi di Bukit Mertajam, beliau juga bukan penulis buku tapi garapan dari blog arwah, kejadian dari kisah-kisah benar dan cerita esklusif terutama dimalam kejadian,  konversation antara kami dengan arwah berdasarkan cerita blog, cerita dari kawan-kawan arwah telah disatukan menjadi satu cerita benar. .. Tabik aunty, ini bukan satu kerja senang.  Penilitiannya selama 6 bulan dengan membuat penyelidikan diinternet, blog, beliau datang sendiri berjumpa kami dan akhirnya terhasil input penting untuk menjadikan novel ini ekslusif.

(Luahan aunty di wall fb Novel YJH)

TQ aunty kerana yang telah membaca novel LOVE YASMIN dan yg sedang menunggu dan sedang menempah untuk cetakan kedua, harap dapat bersabar. Keluaran novel ini yang agak terhad kerana mengikut tempahan pembeli sahaja. Dengan adanya novel ini, bukan untuk riak tapi inilah arwah Yasmin permata kami,,,keceriaannya, kasih sayang dan ketegasan kami membesarkan arwah, kemurungan dan tanda2 bila arwah hendak meninggal, perubahan yg amat ketara kerana kedua2 anak dan papa arwah sangat rapat tetapi tragedi berakhir disebabkan selisih faham disaat akhir. Aunty redha.... Kerana menganggap dia adalah insan istimewa yang dipilih untuk menjadi anak kami, kami sering pujuk hati sendiri bahawa anak atau sesiapa sahaja yang bernafas didunia ini semuanya milik Allah swt, kami ibubapa diamanahkan untuk memelihara, mendidik dan memberi ilmu dunia dan di akhirat. Dia idola Aunty, kadang2 kami terkenang masa arwah kecil2, senang untuk dijaga dan bila remaja, jiwa pun ikut serentak dgn dunia remaja. Melalui novel ini, jika ada kekurangan dari mana-mana aspek, kami memohon maaf. Untuk pengetahuan semua, Syimir,penulis buku ini tiada kena mengena, tidak pernah berkawan atau bersaudara dgn Arwah. Syimir hanya mengenali Arwah selepas pemergian nya 100 hari melalui blog arwah yg ditulis oleh aunty sendiri. Jiwa mereka boleh dikatakan sama, perjuangan untuk membantu Palestine.. dan kedua2nya juga punya karekter yg sama.. 'silence but very observant'. Luahan hanya dapat dilakukan di blog dan tulisan masing2. Aunty panjatkan kesyukuran kerana semua berjalan dengan lancar. CD yang aunty sumbangkan untuk semua pendengar, ada yang telah dipublish di Territory YJH dan ada yang aunty sendiri simpan. Bagi aunty alunan nya sungguh enak walaupun sesetengah lagu masih kurang sempurna (arwah masih belajar grade lagi).  Sebahagian lagu dirakamkan oleh aunty dan sebahagian lagi dari arwah sendiri. Setiapkali mendengar, setiap kali itu mata ini berkaca. Buat pembaca/pendengar sana, aunty mohon selepas mendengar CD ini, sedekah lah AlFatihah buat ketenangan arwah disana.



(dibawah ini petikan dari Penulis, SYIMIR kepada pembaca-pembaca Novel YJH)

Bedah Buku Love Yasmin:

-tajuk diadaptasi daripada filem 'Love Nora' yang mengisahkan seorang lelaki yg kehilangan isterinya dan isterinya dah siapkan email2 utk dihantar kpd suaminya setelah ketiadaannya kelak.. setelah kematian isterinya, setiap hari suaminya akan mendapat emel drpd isterinya utk memberi kekuatan dan semangat kepadanya setelah dia tiada. emel itu dihantar oleh kwn si isteri yg ...diamanahkan utk hantar emel tu setiap hari.
-17 bab mewakili umur yasmin semasa kejadian
-setiap bold alphabet dalam setiap bab akan membentuk perkataan 'YASMIN JOHAN HUNWICK LOVE U' (ada kekhilafan dalam bab 9 dimana huruf 'H' tidak dapat dibaca mesin)
-isi perbincangan yang sering terjadi antara uncle johan dan yasmin diselitkan dengan isi ceramah2 ustaz don, ustaz azhar dan ustaz haslin bollywood.
-yasmin peminat tegar ustaz azhar idrus.
-perkataan 'blankpage' tu sebenarnya salahpaham pihak pembuat plate buku.. sepatutnya page itu kosong tanpa tulisan.
-L pada kulit buku diwakili oleh ibu jari dan telunjuk yang membentuk L. Bukanlah typing error seperti yang difikirkan..
-tulisan kecil besar kerana pencetak mahu menjimatkan ruang.. novel sepatutnya 360 m/s (nak jaga berat buku, bimbang effect pos)
-jika dimuatkan semua kisah yasmin yang diperolehi sepanjang 2 kali kunjungan ke langkawi, mungkin novel ini setebal Lagenda Anak Setan, tetapi demi menjimatkan kos pos dan kebanyakan pembeli terdiri drpd pelajar sekolah dan universiti, sy terpaksa singkirkan beberapa event yang terjadi.
-novel ni memuatkan kisah2 yasmin yang terpenting dan beberapa hasil nukilan syair dan sajak, lagu2 kegemaran dan juga ucapan2 keluarga dan rakan rapat. ia juga memuatkan album keluarga yasmin.

banyak lagi yang ingin dikongsi tetapi kesuntukan masa. jumpa lagi.


                                                                -----------------------
Nota:

Banyak pandangan dan juga pertanyaan yang aunty terima mengenai novel ini.  Mungkin antara mereka baru untuk mengetahui tentang adanya novel ini, antaranya:

- Ada dapat keuntungan keatas jualan novel atau CD, kenapa tak buat e-book saja   ? 
   Tidak ada untung, tolak kos buku dan pos, hanya ada lebihan RM5 untuk diagihkan ke Tabung Palestine.
- Kenapa nak citer semua yg byk privasi keluarga?
  Papa arwah kata biarlah ketengahkan cerita terutama ke'ralat'an dirinya memarahi arwah.   Padahal mereka berdua memang rapat.  Jadikan buku tu sebagai cerita yg sebenar, untuk memberi pengajaran diluar sana. Ada cara hendak menegur anak. Aunty anggap ini suratan takdir kerana kedua-duanya memang amat rapat, suka bergurau senda, tapi perpisahan untuk selama-lamanya diakhiri oleh tindakan meraka berdua dgn sikap yang  memang diluar jangkaan.  Aunty redha....:'(
- Macammana Penulis tau semua citer ni aunty, dia siapa dgn aunty?
   Dah aunty terangkan diatas ..
- Piano P.Ramlee tu arwah main dimana?
   Di Pustaka Peringatan P Ramlee, Setapak semasa kami pergi melawat pada Disember 2010.   Rezeki arwah dapat bermain setelah membeli buku Biografi  dan not piano lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.   Penjaga sekuriti disana berkata piano ini agak privasi sebab hanya anak Allahyarham TSPR, iaitu Sazali sahaja kerapkali datang bermain.  Tapi itu lah kata orang rezeki, sememangnya TSPR adalah idola arwah.

 



YASMIN sayang mama.  Mama harap Yasmin redha dengan pengeluaran novel ini.    Apa yang mama mahu sekarang agar Yasmin dapat saham disana, kebaikan yang yasmin tinggalkan.  Mama sudah tak dapat sediakan apa-apa lagi untuk Yasmin hanya mama boleh bersedekah atas nama Yasmin dan berdoa, juga doa dari papa, adik-adik dan saudara-saudara Islam Yasmin yang masih berada dialam maya ini.


Wassalam ..alfatihah.




Monday, June 10, 2013

Images from Arwah Yasmin (draft oleh arwah pada Feb 2012)








Sunday, June 2, 2013

Setahun Pemergianmu - Dari Mama dan Papa



KAMI HARGAI SEMUA PEMBACA MULAKAN DENGAN BACAAN AL-FATIHAH BUAT ROH ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK

 http://www.youtube.com/watch?v=TSd6y2ruwdU

Surah Al-Faatihah - سورة الفاتحة


A001 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:1) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A002 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:3) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
(Al-Faatihah 1:4) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Al-Faatihah 1:5) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A006 Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Al-Faatihah 1:6) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A007 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 



Wajah Kenangan setiap kali ke sekolah. Rezeki melihat arwah membesar  setakat Tingkatan 5 sahaja



-----------------------------------------------------------------------------------------------------


DARI :MAMA ARWAH
Salam Sejahtera,

Lama aunty tak update blog arwah.. maaf kan aunty kerana banyak cerita yang tidak aunty siarkan didraft dan sambungan cerita mengenai aunty ke bumi anbia.  InsyaAllah, akan aunty teruskan.

Hari ini genap setahun pemergian arwah anak kami, tanggal 3hb Jun tahun lalu, kebahagiaan yang dahulu bersama-sama arwah tiba-tiba bertukar. Hidup kami tak seperti dulu, seperti hilang sesuatu yang tidak dapat dinilai harganya. Telah aunty coretkan di artikel yang lalu kisah-kisah arwah selepas pemergiannya dan cerita dari arwah sendiri apa yang arwah rasakan terhurai diblog ini,  Ramai yang memberi kata-kata positif dan semangat kepada kami.   menjadi harapan kami ibubapa agar mereka yang membaca blog ini berhijrah kejalan yang diredhai atau terus berada dilandasan yang benar.   Terima Kasih kami ucapkan, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas kebaikan semua..... InsyaAllah.  


      -------------------

DARI : UNCLE JOHAN
Salam Sejahtera,

Same date last year, was a day that will forever be the darkest day in my life. But as a muslim and I am sure my beloved daughter would agree - everything is ON LOAN. NOTHING BELONGS TO US INCLUDING OUR OWN LIFE. ALLAH OWNS EVERYTHING! 

We must be grateful and thanking the ALMIGHTY that we are given the opportunity to be in this world and 'taste' his countless NIKMAT....the food we eat, the health, the wealth, the air we breath, our children, wife, father, mother and the list goes on and on. When the loan period ends, the owner has the absolute right to take it back.

My beloved daughter Yasmin is now in Allah S.W.T hand. I know she is in better place now .... I know my everyday's prayer - "Ya Allah Ya Tuhanku  peliharalah anakku di alam Barzakh lebih baik daripada kami memeliharnya di alam dunia ini" is being answered.

A day of "loan" in this world is a day nearer for me to meet her in the next world.

I thank all of you(readers) for the doa(s), efforts in many special ways and support to me and my family through out these grief period. I prayed that we all will be blessed by the Almighty.

Please remember that the cleverest person is the one that prepared for the next world..... the permanent one.

Allah Hu Akhbar.


- JOHAN E.ABDULLAH
03 June 2013
Time : 1:10 am

Sunday, April 14, 2013

JORDAN/MADINAH/MEKAH (PART 1)



Assalamualaikum, post ini dah lama berada didraf, maaf kerana setiap kali aunty buka blog arwah, hati aunty menjadi sebak..kali ini aunty gagahkan juga..

InsyaAllah, aunty harus meneruskan cerita ini sebab sudah lama niat untuk berkongsi pengalaman semasa berada di bumi para-para anbia pada 23 Jan- 06 February lalu.

-----------



UMRAH DAN ZIARAH KAMI
  

Dimasa aunty menulis disini, aunty sudah 2 bulan pulang ke tanah air.   Seindah negeri orang, indah lagi bumi Malaysia kecuali bila aunty berada di Madinah dan Mekah.  Dua-dua tempat ini membuatkan hati aunty tenang, terasa dosa-dosa dibasuh sikit demi sikit setiap kali berdoa terutama sekali berada di taman syurga Raudah dan di depan pintu Kaabah... tapi ini hakikatnya, sekarang baru aunty faham, kenapa setiap kali orang berkunjung ke Tanah Suci, perkataan ini selalu keluar dari mulut mereka ’Rasa nak pergi lagi’ .  Bagi aunty bukan rasa lagi,memang aunty nak pergi lagi.   Kalau nak tunggu giliran untuk menunaikan Haji, lambat lagi queue iaitu bila umur dah 60 tahun (sampai ke umur aku ni... fikir2), maybe in between masa nak kerjakan Haji, aunty menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi, InsyaAllah.

Disaat aunty hendak ke sana, ada juga kata-kata yang kurang enak menyatakan ’anak dah tak ada, baru nak pergi, kesian sama arwah..’  Aunty menganggap kata-kata ini bagaikan semangat untuk terus beribadat dan menyucikan jiwa.  Moga kami suami isteri, anak-anak mendapat berkat dan diterima oleh Allah swt menjadi tetamuNya.

Tarikh 22hb Januari, 2013 kami memulakan perjalanan melalui pesawat ke Kuala Lumpur untuk  bermalam dirumah Ayah di Semenyih,   

 23hb Januari 2013 - Jam 6 petang selepas solat Asar dan selepas mengadakan kenduri kesyukuran di Semenyih, kami menuju ke KLIA kerana tepat jam 7 petang, kami harus berkumpul bersama jemaah-jemaah yang sama-sama menunggu disana.   Pesawat Royal Jordan sedia berlepas pada 10.20 malam

Bangkok – tiba pada jam 11.20 malam waktu Bangkok, transit satu jam di sana sebelum berlepas ke Amman

Lapangan Terbang Amman – tiba pada jam 6 pagi waktu Jordan.  Memulakan perjalanan ke hotel.

Setiba kami ke Ocean Hotel jam 7 pagi, kami dihidangkan sarapan pagi selama 1 jam sebelum memulakan lawatan ke Gua Ashabul-Kahfi,  Laut Mati, Makam Nabi Shuaib A.S dan para-para sahabat Nabi swt di sekitar bandar Amman.

Gua Ashabul Kahfi - Perasaan gembira dan teruja bila kami sampai ke Gua.   Teringat masa disekolah rendah, aunty dengar dari ustazah cerita mengenai sejarah Gua Ashabul Kahfi ini.    Gua yang terletak di Ar-Raqim, iatu 7 km dari Bandar Jordan.   Dibawah ini aunty ceritakan serba ringkas mengenai sejarah gua ini.
'Sedikit kisah Ashabul Kahfi. Kahfi bermaksud gua dan Ashabul pula bermaksud Ahli. Kisah. Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar yang disebut di dalam Al-Quran. Ia mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.    Keluar kota dan kembali semula ke gua tersebut dan meninggal di situ.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing'.  Didapati tulang-tulang manusia bersama tulang anjing berada digua ini.    -  

(TEKS DI ATAS DIPETIK DARI WIKIPEDIA/GUA ASHABUL KAHFI)


Kawasan sekeliling di Gua Ashabul Kahfi


Dalam Gua




























Batu tanda atau 'Landmark'yang terdapat di depan gua.

Laut Mati - Punya excited sebab selalu dengar cerita air laut mati ini.  Air dan lumpurnya  boleh menjadi ubat gatal-gatal di badan, dan bahan Mineral (Mud) nya adalah yang ’original’ dikatakan ’mask’ muka dan badan yang terbaik yang diakui oleh ramai pakar kosmetik.   Rasa bersyukur kerana berada dibawah paras laut (-414) iaitu paras yang terendah didunia. Memang bila hendak ke laut tu, kita kena turun beberapa anak tangga, luas terbentang laut penuh dengan garam batu di sisir pantai sambil kami dihidangkan dengan makan tengahari di Restoran .. makanan Jordan, untuk first day ni masih boleh terima makanan luar.   Tapi yg excited nak makan ialah ayah dan papa sebab depa ni kaki makan sayur...  Makanan Jordan banyak berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Laut yang terbentang, kemasinan yang melampau sehingga tidak hidupan disini, tanah diseberang laut adalah Negara Israel.





Ayesha bersama orang yang lumurkan lumpur di badan

Pandangan dari atas
Pintu masuk di Laut Mati



Makam Nabi Syuaib -  Lepas menikmati keindahan Laut Mati,kami memulakan perjalanan ke tempat yang dinamakan Makam Shuaib AS.

Perjalanan kesana memakan masa satu setengah jam kerana laluan lereng bukit yang agak curam.  (Kalau ada sesiapa yg tengok cerita Discovery Channel rasanya, tajuk Deadliest Road) ada lah lebih kurang macam tu cuma ditepi tebing nya ada penghalang batu dan simen.   Ada satu ketika, Bas kami terpaksa bergerak perlahan untuk melepasi selekoh sebab tak mencukupi ruang jalan... bayangkan lah dan aunty duduk dibahagian depan penumpang dalam bas..  ketaq kaki lutut.

Kami selamat sampai dan aunty bangga kerana telah berada di Makam Nabi Syuaib iaitu Nabi ke 13 dalam senarai Nabi-nabi.   Ianya terletak di 2 km ke Pekan Mahais, Jordan.    Cerita lanjut boleh layari
 
SubhanaAllah, dapat juga kami melihat Makam salah satu Nabi yang terpilih

Bersama Ayesha di depan Makam Syuaib


  ... bersambung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...