Saturday, January 3, 2015

Tenanglah kau disana anakku


Assalamualaikum wbt..

Tarikh 31hb Disember adalah tarikh keramat buat semua, tak kira apa bangsa sekali pun... New year,,, Selamat tahun baru 2015 semua.. moga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.  InshaaAllah.

Pada hari yang sama, kes arwah berakhir dan akhirnya dibaca oleh Tn. Hakim bahawa pemandu yang melanggar arwah anakku, Arwah Aina dan Arwah Hazwani didapati bersalah.   Hukuman telah dijatuhkan kepada pemandu.  Walaupun tak setimpal dengan apa yang dia lakukan, dia tetap didapati bersalah dimahkamah dunia.. kau meragut nyawa anak-anak yang masih muda yang banyak potensi jika mereka masih hidup.   ..................
Allahhuakbar, Allahuakbar.  Aku kena Redha, aku tahu itu kententuanNya.. tetapi sesuatu yang baik atau buruk terjadi pasti ada penyebabnya.

Sepanjang perbicaraannya, semua peristiwa dua tahun lepas terungkap... sesekali aku sebak mendengar soal menyoal pihak-pihak tertentu kerana aku dapat rasakan betapa sakit nya ketiga-tiga mereka menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir.

Penjelasan dari pemandu yang ada kalanya tidak masuk dek akal mungkin diambil kira dalam kes ini.... adakah kau menipu untuk melepasi diri kau di dunia ini..ataupun adakan kau rasa kau benar bila memberi penjelasan..  Adakah apabila memandu 50-60km sejam semasa menghampiri lampu isyarat senang-senang akan meragut nyawa manusia! amat tidak masuk akal.  Impak motosikal yang dinaiki 3 orang tidak selaju jika dinaiki oleh 2 orang atau seorang.  Jadi kesan langgaran jika 50-60km sejam tidak akan kuat...  Sayang sekali, pihak kami tidak mempunyai saksi.. malah jika ada saksi di pihak mereka, tidak ada siapa pun yang akan tampil.

Mmm... kenapa tiba-tiba aku berkata kepada anak-anakku, kalau nak jadi peguam lupakan saja.   tapi dah 'orang kita' akan kata kerja peguam 'Itu lah sumber depa cari rezeki' 

Banyak lagi nak aku huraikan.. aku menanti penulis novel Love Yasmin, Syimir Yunusi untuk ku ceritakan dengan lebih detail. Aku hendak penulis jumpa sendiri Ayah kepada arwah Aina dan arwah Hazwani.

Kepada pihak media Sinar dan Metro di Pejabat Alor Setar, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana selepas tersiar di akhbar, kes dapat dipercepatkan.     Sebelum itu, bila kami buat susulan di pihak berkenaan,  alasan kes tak dapat dijalankan kerana tiada saksi,  Naluri ibu ku menangis.  Dalam hati aku berkata 'Kami bukan VIP dan bukan pun jadi kat anak awak'.   Tetap alhamdulillah akhirnya Ayah arwah buat susulan demi susulan dan berjaya membawa pemandu kemuka pengadilan.

Tenanglah kau disana anakku Yasmin.. adakah Aina dan Hazwani juga bersamamu.   Bahagia lah ketiga-tiga mu dialam Barzakh.   Kita akan bertemu, InshaaAllah... Papa rindu sangat kat Yasmin..ada ketikanya papa kurang sihat bila terus ingat Yasmin.  Mama hanya boleh tenangkan papa dengan berkata Ayat-ayat suci adalah menyejuk rohmu disana.   Moga rohmu terus dicucuri rahmatNya..

Ke Pusara sebaik saja habis bicara.  Alfatihah

Johan bersama Ayah arwah Hazwani

Pemandu yang melanggar anak-anak kami

~ maaf jika kata2 menyinggung perasaan sesiapa.  Terima kasih buat semua yang mengikuti kes kami,bertanya khabar dan yang terus dan tak putus-putus mendoakan arwah.   Kami berdoa agar Allah SWT membalas semua kebaikan anda. 

Kita ketemu lagi.. InshaAllah.



Friday, April 4, 2014

Update terbaru sejak July 2013

Assalamualaikum, Maafkan aunty jika terlalu lama tak update blog arwah.   Bukan mudah nak buka blog arwah walaupun password tak pernah kami lupa, tapi susahnya nak menaip dan membuka kembali helaian-helaian diblog ini.   Dari mula arwah membuat blog sehingga ke tarikh Jun 02, 2012 terhentinya jemari arwah menulis.  Penyambung pertama dari kami adalah pusara arwah dan update dari kami seterusnya adalah lah apa yang arwah tinggalkan.   Banyak lagi yang arwah tinggalkan, ada satu folio yg mengentuh isu kekeluargaan yg dibuat oleh arwah diusia 14 tahun, melihatkan tulisan memang menyedihkan kami.   Keutamaanya ialah family,  sehingga dia pernah definasi kan FAMILY dikertas (keratan itu masih disimnpan oleh papanya) 

F   - Father
A   - And
M  - Mother
I    - I
L   - Love
Y   - You (both)

Dibawah ini sebahagian dari artikel arwah yang bagi aunty,  boleh dijadikan tauladan.  Moga aunty tidak riak menyatakan ianya tauldan sebab arwah juga adalah idola aunty.   Apa yg ditinggalkan juga ada rasa keinsafan didalam diri aunty sendiri,



 











 
Arwah anak yang berjiwa seni, ini yang arwah tinggalkan di Sketch book.   Ayesha adiknya baru sahaja terjumpa 2 minggu lepas dari bilik arwah. .
Abstrak work waktu arwah form 2

Spongebob Square pant yang menjadi rancangan TV yg disukai

Lukisan batik yg dibuat di Sekolah.


                                                   
22 February lepas, jika arwah masih ada genaplah umur 19 tahun.   Tapi semua itu hanya tinggal kenangan dan perancangan dari Allah SWT adalah yang terbaik.   Kami sentiasa doa dan berdoa,juga kepada yang mengenali dan tidak mengenali arwah.   Kami banyak terhutang budi kepada semua dan sehingga kini kami masih lagi menerima ucapan takziah dari dalam dan luar negera, temasuklah pelajar dari luar negera.   Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari kami.




Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum war'ohmatullahiwabarokaatuh.

Photo: Salam Jumaat.    Tahniah buat my bro and sis in law on your Anniversary day too.  Farhana Che Aydalla B & Tatu.

Thursday, July 18, 2013

MANA NAK BELI NOVEL YJH?

Assalamualaikum wbt,

Banyak aunty terima soalan yg sama dichat box,  inbox fb,sms, whatapps dan lain-lain.   

Untuk pengetahuan semua, Novel tidak dijual di Kedai buku. Ianya hanya boleh diperolehi dari Penulis novelnya SYIMIR YUNUS ataupun taip search difb NOVELYASMIN J HUNWICK.    Setakat ini tinggal 50 buah buku masih boleh di tempah kerana pengeluarannya yang terhad.   Cetakan pertama telah habis ditempah dan kini memasuki cetakan kedua.

Aunty harap semua pembeli memahami dan mengikut prosedur kerana kami harus mengikut kehendak printing dan pos yang mengambil masa dalam 4-5 minggu.  




Harga untuk kali ini ialah RM30 sekali dengan pos kecual Sabah/Sarawak/Brunai/Singapore.  T.Kasih kepada sesiapa yang telah membeli dan menempah, Duit dari hasil jualan sebanyak RM5 disedekahkan ke Tabung Palentine/Gaza dan membeli barangan untuk diwakafkan di Masjid-masjid yg telah ditetapkan oleh penulis. Sila layari blog penulis :
http://msmypalestine.blogspot.com/

Thursday, July 11, 2013

Visual cartoon yang arwah save - Hanya arwah tahu maksudnya








This is aunty's visual.  Arwah is playing piano with blur picture.







Nota : ada setengah gambar ada didalam blog terdahulu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...